KKM Kini Melanjutkan Tarikh Akhir Vaksin Percuma Kanak-Kanak

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini tarikh akhir untuk mendapatkan vaksin percuma kanak-kanak kepada 31 Mei ini.

Sebelum ini, KKM telah menyatakan tarikh akhir untuk anda mendapatkan vaksin percuma kanak-kanak untuk anak anda adalah pada 15 Mei, Ahad ini.

Kapsyen: Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia pada 12/5/2022


Oleh itu, bermula 1 Jun depan KKM tidak lagi menawarkan vaksin kanak-kanak secara percuma kepada orang awam. Di samping itu, vaksin kanak-kanak hanya boleh didapati di fasiliti atau pasaran swasta secara berbayar.

Walaupun begitu, KKM memberi pengecualian kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei atas sebab dijangkiti Covid-19.

Pelanjutan tarikh akhir ini berkemungkinan atas sebab ada dikalangan orang awam yang masih belum dapat janji temu walaupun sudah berdaftar.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca juga: