Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony WH-1000XM5 Dijangka Ada Rekaan Baharu Dan Bateri Tahan Lebih Lama

Sony WH-1000XM5 Dijangka Ada Rekaan Baharu Dan Bateri Tahan Lebih Lama

Diterbitkan April 25, 2022 ยท Dikemas kini April 25, 2022 oleh Firdaus

Beberapa tahun yang lepas, Sony telah pun melancarkan WH-1000XM4 dan ia mendapat sambutan yang sangat positif dari komuniti. XM4 juga merupakan antara headphone yang terbaik di dalam kelasnya dengan bass yang padu dan sound yang berkualiti.

Oleh itu, tahun ini merupakan masa yang terbaik untuk Sony melancarkan penerus bagi XM4 ini. Berdasarkan maklumat yang didedahkan,kita dapat melihat rekaan yang mungkin adalah WH-1000XM5.

Sony WH-1000XM5

XM5 menampilkan rekaan yang sedikit berbeza dengan XM4 tetapi tidaklah terlalu ketara. Selain itu, XM5 mungkin akan hadir dalam 2 variasi hitam dan putih perak. XM5 juga dikhabarkan telah menerima peningkatan yang hebat dalam prestasi baterinya.

Headphone XM5 diura-urakan mampu bertahan selama 40 jam masa operasi dengan mod ANC (active noise cancellation) dibolehkan. Tambahan pula, XM5 akan mempunyai 2 cip pemprosesan untuk ANC mereka.

Sony WH-1000XM5 Dijangka Ada Rekaan Baharu Dan Bateri Tahan Lebih Lama
Kredit: TechnikNews

XM5 juga akan menyokong port 3.5mm audio jack dan port pengecasan USB-C selain mempunyai case yang lebih ringkas. Mengikut TechnikNews, WH-1000XM5 mempunyai 3 mikrofon dan sokongan bluetooth 5.2.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada Sony akan harga atau tarikh pelancaran MX5 ini. Tetapi berdasarkan maklumat ini, kita boleh jangkakan yang Sony WH-1000MX5 ini ada potensi untuk mengalahkan MX4.

Walau bagaimanapun, anda boleh jangkakan Sony mungkin akan melancarkan MX5 ini pada bulan Ogos nanti memandangkan 2 model sebelumnya dilancarkan pada bulan yang sama.

Sumber: Android Central

Gambar utama: TechnikNews

Baca juga:

  • Siri ‘Gaming’ vivo T1 Dilancarkan Dengan 2 Model, Harga Serendah RM699
  • Mungkin Ini Rupa Sebenar Jam Tangan Pintar Pertama Google
  • WhatsApp Mungkin Perkenal Pelan Langganan Berbayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY