Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony wf-1000 xm5

Sony WF-1000XM5 Rasmi, Lebih Kecil Lebih Ringan Pada RM1299

Diterbitkan Julai 25, 2023 ยท Dikemas kini Julai 25, 2023 oleh Firdaus

Sony akhirnya merasmikan TWS terbaru dan paling berkuasa daripada mereka, Sony WF-1000XM5. Acara pelancaran peranti tersebut berlangsung pada jam 12 tengah malam tadi.

Berikut adalah spesifikasi bagi TWS ini:

Spesifikasi Sony WF-1000XM5

Screenshot 2023-07-25 111402

Sony WF-1000XM5 dilengkapi sokongan bluetooth versi 5.3 dan capaian jarak efektif hingga 10m daripada peranti yang disambungkan.

Selain itu, ciri bluetooth TWS ini mempunyai jarak frekuensi hingga 2.4GHz (2.4000 GHz – 2.4835 GHz) dan menyokong format audio – SBC, AAC, LDAC dan LC3.

Screenshot 2023-07-25 111451
Screenshot 2023-07-25 111442

Dari segi bateri dan pengecasan pula, TWS ini mengambil masa pengecasan sekitar 1.5 jam ke 2 jam (pengecasan USB) dan juga menyokong pengecasan wayarles.

Di samping itu, dalam penggunaan muzik berterusan, TWS ini dapat bertahan hingga 8 jam (ANC diaktifkan) atau 12 jam (ANC tidak diaktifkan).

Sementara itu, peranti audio ini dapat mencapai masa penggunaan sekitar 6 jam (ANC diaktifkan) atau 7 jam (ANC tidak diaktifkan) ketika berbual.

Screenshot 2023-07-25 111747

Sony WF-1000XM5 menyokong perlindungan kalis air dengan penarafan IPX4, berat 5.9g setiap satu fon putiknya, dan hadir dalam 2 pilihan warna – perak dan hitam.

Screenshot 2023-07-25 111626
Screenshot 2023-07-25 111644

Ciri-Ciri Sony WF-1000XM5

Kali ini, Sony mendakwa peranti audio mereka ini menawarkan pengalaman pembatalan hingar terbaik untuk pengguna.

Ia mempunyai 2 pemproses yang mampu membatalkan atau meneutralkan lebih banyak hingar berbanding sebelum ini. Oleh itu, anda akan dapat merasakan perbezaan ketara ketika dalam bas, kereta api mahu pun kapal terbang.

Screenshot 2023-07-25 111426

Selain itu, unit Dynamic Driver X memberikan kualiti audio, bunyi dan suara yang lebih imersif, bass yang padu dan terperinci dalam pengalaman penggunaan anda.

 Image of a person on a call, standing on a busy public transport station wearing WF-100XM5 Headphones

Dengan algoritma pengurangan hingar berasaskan AI pemproses DNN (Deep Neural Network), Sony menawarkan kualiti panggilan terbaik mereka.

Screenshot 2023-07-25 111524

Kali ini, Sony WF-1000XM5 membawakan rekaan dan bentuk yang lebih kompak tetapi menawan dan selesa ketika dipakai. TWS ini 25% lebih kecil dan 20 % lebih ringan berbanding pendahulunya.

 Image of the WF-1000XM5 headphone sitting inside a 3d drawing of an ear

Tambahan lagi, bekas penyimpannya juga telah dikecilkan saiznya agar lebih muat untuk disimpan di dalam poket. Anda boleh membaca spesifikasi Sony WF-1000XM5 yang lebih terperinci melalui pautan ini.

Sony WF-1000XM5 ini dijual pada tanda harga rasmi RM1,299 dan akan tersedia tidak lama lagi.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY