Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony pc mobile

Sony Rancang Separuh Permainan Tersedia Untuk PC Dan ‘Mobile’ Menjelang 2025

Diterbitkan Mei 27, 2022 oleh Nadiah Ab

Syarikat Sony mendedahkan merancang untuk meluaskan sekurang-kurangnya separuh daripada permainannya ke platform ‘mobile’ dan PC menjelang 2025.

Dalam hari pelabur tahunan Sony semalam, Sony menunjukkan bahawa hanya satu perempat daripada permainannya akan tersedia untuk PC dan mudah alih tahun ini.

Setelah melihat kejayaan pelancaran God of War, Days Gone, dan Horizon Zero Dawn, Sony meramalkan jualan permainan PC-nya akan melonjak kepada $300 juta (~RM1.3 bilion) pada 2022, berbanding $80 juta (~RM351 juta) tahun lepas.

Presiden Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan, berpendapat dengan mengembangkan permainan ke PC dan ‘mobile’, ia memberi peluang kepada Sony untuk hadir dalam pasaran permainan secara menyeluruh.

Dalam pada itu juga, Ryan mengumumkan sedang mengusahakan 12 permainan perkhidmatan langsung manakala keluaran PlayStation 4 akan sepenuhnya dilancarkan sekitar tahun 2025.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Jualan Days Of Play 2022, PlayStation VR Dijual Bawah RM1,000
  • Pelan PlayStation Plus Baharu Kini Di Malaysia, Harga Langganan Dari RM29 Sebulan
  • Bosan Dengan Warna Putih? Sony Umum ‘Cover’ Baharu Untuk PS5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY