Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jualan Days Of Play 2022, PlayStation VR Dijual Bawah RM1,000

Posted on Mei 26, 2022Mei 26, 2022

Sony Interactive Entertainment kembali lagi dengan jualan Days of Play untuk tahun ini yang akan berjalan sehingga 8 Jun 2022.

Untuk para ‘gamers’, inilah masanya untuk dapatkan barangan ‘gaming’ dengan potongan diskaun yang bukan selalu berlaku.

days of play

Antara yang menjadi tarikan ialah alat kawalan (controller) DualSense yang dijual pada harga promosi RM309 dari harga asal RM349.

Jualan ini juga termasuk dengan versi warna-warna lain seperti Cosmic Red, Starlight Blue, Nova Pink, dan Galactic Purple, dengan potongan diskaun 16%.

Lebih menarik, anda boleh dapatkan PlayStation VR pada harga RM959 sahaja.

Bukan itu sahaja, beberapa permainan fizikal seperti Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Final Fantasy 7 Remake, The Nioh Collection, dan lain-lain turut menerima potongan harga.

PlayStation Store tidak terkecuali, tawaran diskaun sehingga 80% untuk sepanjang kempen sehingga 8 Jun 2022.

Pembelian dari jualan Days of Play 2022 boleh dilakukan di laman web PlayStation.

Sumber: PlayStation

Baca juga:

  • ‘Game’ Baru, Nama Sama, FIFA Juga Akan Terbitkan Permainan Saingi EA Sports FC
  • Pelan PlayStation Plus Baharu Kini Di Malaysia, Harga Langganan Dari RM29 Sebulan
  • Bosan Dengan Warna Putih? Sony Umum ‘Cover’ Baharu Untuk PS5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress