Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LEGO DRAGONBALL

Set Lego Pertama Tema Dragonball Tampilkan Shenron Dan Goku Berharga RM599.90

Diterbitkan September 30, 2026 oleh ariff bukhari

Buat pertama kali dan akhirnya, set Lego bertemakan Dragonball diperkenalkan dengan menampilkan naga Shenron dan heronya Goku.

Set Lego terbaru ini menjadi kenyataan selepas LEGO Group buat pertama kali bekerjasama dengan Toei Animation.

LEGO Icons Dragon Ball Shenron & Goku ini akan mula dijual pada November 2026 yang mengandungi 1,764 keping blok lego.

Set Lego Pertama Tema Dragonball Tampilkan Shenron Dan Goku Berharga RM599.90
Model ini menampilkan Shenron yang megah bangkit dari tujuh Dragon Ball, bersama Goku versi budak di atas awan guling.

Pasukan reka bentuk LEGO meneliti bingkai animasi asal untuk memastikan bentuk, sisik, dan lengkungan Shenron direka dengan tepat.

Set ini akan tersedia awal pada 1 November 2026 untuk ahli LEGO Insiders, manakala jualan umumnya bermula 4 November 2026 pada harga RM599.90.

Lebih menarik, LEGO turut mengumumkan bahawa siri Dragon Ball akan diteruskan dengan pelbagai set baharu pada tahun 2027 dan seterusnya.

Peminat juga boleh menebus poster digital eksklusif menggunakan mata LEGO Insiders.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kesilapan Google Menyebabkan Ribuan Aplikasi iPhone Tidak Berfungsi
  • Astro Lancar Saluran Pokémon Pertama Di Malaysia, Tayang Lebih 600 Episod

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
©2026 WISER.MY