Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pokemon Channels​_Sep26-1

Astro Lancar Saluran Pokémon Pertama Di Malaysia, Tayang Lebih 600 Episod

Diterbitkan September 30, 2026 oleh Amsyar Latif

Astro akan memperluaskan penawaran salurannya mulai 1 Oktober 2026 dengan pelancaran Mango TV, U Panda TV serta Pokémon Pop-Up Channel.

Antara yang paling menarik ialah Pokémon Pop-Up Channel di saluran 121, yang diperkenalkan sempena sambutan ulang tahun ke-30 Pokémon. Menurut Astro, ia merupakan saluran televisyen pertama di Malaysia yang dikhususkan sepenuhnya untuk Pokémon.

Saluran tersebut akan tersedia tanpa caj tambahan kepada pelanggan Astro, NJOI dan Sooka dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2026.

Season 24 – Pokémon Master Journeys – The Series

Lebih 600 episod alih suara bahasa Inggeris akan ditayangkan, merangkumi 13 siri Pokémon daripada pelbagai era. Antaranya termasuk Pokémon: Indigo League, Pokémon: The Johto Journeys, Pokémon the Series: XY, Pokémon the Series: Sun & Moon dan Pokémon Ultimate Journeys: The Series.

Episod akan disiarkan mengikut turutan kronologi bermula musim pertama, dengan lapan episod baharu ditayangkan setiap hari bekerja. Kandungan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

AstroBiz_Mango CH+U panda

Dalam masa sama, Astro turut menambah dua saluran berbahasa Cina baharu iaitu Mango TV di saluran 336 dan U Panda TV di saluran 337.

Mango TV memfokuskan drama, rancangan variasi, realiti dan filem dari Hunan TV serta Mango TV. U Panda TV pula menawarkan kandungan keluarga dan dokumentari merangkumi sejarah, budaya, pelancongan, alam semula jadi, makanan serta gaya hidup.

Kedua-duanya bersiaran 24 jam dalam bahasa Cina dengan sari kata bahasa Cina, Melayu dan Inggeris.

Berkaitan

  • Lebih Banyak Kandungan Disney+ Akan Tersedia Di Platform Astro
  • Astro X3 Dilancar 20 Julai Ini - Penstriman Tanpa Dekoder, Langganan Bermula RM39.99/Bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
©2026 WISER.MY