Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation 5 pro

Sony Dilapor Bakal Melancarkan PS5 Slim Pada Suku Ketiga Tahun 2023

Diterbitkan November 8, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Semenjak keluaran PS5 daripada Sony, ramai pengguna menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dari segi reka bentuk luaran yang agak tebal serta kedudukannya yang menegak.

Oleh disebabkan kritikan yang diterima, Sony dikhabarkan bakal mengumumkan versi PS5 yang lebih kecil. Namun, ia mungkin tidak merujuk kepada reka bentuk yang lebih nipis daripada yang sebelumnya.

Antara sebab-sebab reka bentuk PS5 agak tebal adalah kerana CPU, RAM, dan SSD yang memerlukan ruang yang besar.

Terdapat beberapa perubahan kecil yang dilakukan oleh Sony sepanjang awal tahun ini seperti mengecilkan reka bantuk konsol namun ianya masih tidak mencukupi.

Versi PS5 yang baharu ini dikatakan mempunyai beberapa perubahan yang ketara kepada reka bentuk luarannya. Ia dikatakan melalui proses die-shrink di mana akan mengurangkan saiz konsol.

Selain daripada itu, versi terbaharu ini bakal mengunakan kuasa voltan yang lebih rendah agar ianya dapat beroperasi dengan lebih “sejuk” dan akan menjadi lebih ringan.

Peranan utama dalam proses perubahan ini adalah untuk meringankan berat konsol tersebut agar dapat mengurangkan kos pembuatan serta penghantaran secara global.

Berkaitan

  • Sony Diam-Diam Lancar Model PS5 Yang Lebih Ringan
  • Langganan PS+ Menurun Biarpun Diperkenalkan Semula
  • PS5 God of War Ragnarök Bundle Tersedia Minggu Depan, Harga Permulaan RM2339
  • GoW Ragnarök Optimum Pada Konsol PS4 Tetapi Tidak Pada PS5
  • Sony Dilapor Akan Hentikan Penggunaan Plastik Untuk Kotak Bungkusan

Reka bentuk yang baharu ini masih lagi tidak dikeluarkan oleh Sony. Ini kerana proses pembuatannya bermula pada suku kedua manakala pelancaran secara rasmi dijangka pada suku ketiga tahun 2023.

Apa-apa pun, peminat-peminat produk daripada Sony berharap agar harga untuk versi PS5 yang baharu ini akan lebih rendah berbanding kenaikan-kenaikan harganya sepanjang tahun ini.

Sumber: The Leak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY