Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Beri Amaran Pertukaran PSN ID Mungkin Mengakibatkan Kehilangan Data Pemain

Sony Beri Amaran Pertukaran PSN ID Mungkin Mengakibatkan Kehilangan Data Pemain

Diterbitkan Oktober 25, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 25, 2018 oleh Haikel Areff

Sony baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pemilik akaun PlayStation Network(PSN) akan dibenarkan untuk menukar PSN ID mereka pada kemaskini baharu yang akan dilepaskan kelak. Versi beta bagi kemaskini tersebut kini telah mula diuji oleh beberapa pengguna terpilih.

Bagi anda yang telah lama menunggu fungsi ini, Sony membenarkan anda untuk melakukan pertukaran ID secara percuma buat kali pertama. Akan tetapi, pertukaran seterusnya akan dikenakan cas sebanyak $10(~RM42) sambil pelanggan PS Plus akan menerima diskaun separuh harga.

Bagaimanapun, menurut perkongsian di laman forum ResetEra, Sony telah memberi amaran mengenai beberapa “perkara buruk” yang mungkin akan berlaku sekiranya pengguna menukar PSN ID mereka.

Sony Beri Amaran Pertukaran PSN ID Mungkin Mengakibatkan Kehilangan Data Pemain
Kredit: Vistanews

Antaranya ialah pengguna mungkin kehilangan data-data permainan yang telah dibeli atau dimuat-turun secara percuma.Ia termasuklah DLC, wang dalam permainan, trofi yang dimenangi serta data permainan yang disimpan. Ini secara tidak langsung membuatkan pemilik akaun akan berfikir dua kali sebelum menukar ID mereka.

Perkara ini berlaku kerana tidak semua permainan, fungsi atau aplikasi pada sistem PlayStation(PSVita, PS3, PS4 dsb.) yang menyokong pertukaran ID ini.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini hanya berlaku diperingkat beta atau turut akan berlaku pada versi penuh kemaskini nanti.

Sekiranya ia masih berlaku, diharapkan pihak Sony akan dapat mencari penyelesaiannya. Jika tidak, mungkin pemain akan menganggap fungsi pertukaran ID ini berisiko tinggi dan tidak akan digunapakai.

Walaubagaimanapun, menurut sumber, semua permainan yang dilancarkan selepas 1 April 2018 akan menyokong fungsi ini dan berkemungkinan besar tidak akan terjejas dengan masalah ini. Sony juga akan mengeluarkan senarai penuh permainan yang menyokong fungsi ini sebelum kemaskini ini dilepaskan secara rasmi nanti.

 

Sumber: Gamespot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY