Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (10)

Sony Alpha 9 III, Kamera Bingkai Penuh Pertama Dunia Dengan Sistem Pengatup Global

Diterbitkan November 9, 2023 oleh Muhd Idham

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, syarikat Sony telah melancarkan kamera mirrorless mereka yang diberi nama Alpha 9 III dengan ciri sensor bingkai penuh bertindan 24.6MP pertama dunia dengan sistem pengatup (shutter) global.

Kamera ini dikuasakan pemproses imej Bionz XR dan mendapat sokongan daripada sistem pengatup global yang berkebolehan mengatup gambar pada kelajuan 1/80,000 saat bersamaan dengan 1/16,000 saat untuk penangkapan gambar yang berterusan.

Berdasarkan pihak Sony, kaedah ini membolehkan kamera ini merakam video resolusi penuh sehingga 120fps dengan 1.6 saat buffer sekaligus membuatkannya 10 kali lebih pantas dari kamera biasa.

Selain itu, kamera ini dilengkapi dengan ciri pre-burst 1 saat yang membolehkannya menangkap pemandangan sebelum butang pengatup ditekan dan meletakkannya sebagai kamera yang berkebolehan untuk menangkap dan merakam adegan dan detik yang pantas atau tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Dalam pada itu, kamera ini juga menawarkan julat ISO 250-25600 yang boleh dikembangkan kepada ISO 125–51200, sistem penstabilan 5 paksi dalaman yang mengurangkan gegaran optik dan skrin sentuh LCD. Sony A9 III ini juga menyokong sambungan LAN serta kad SD CFexpress Type A dan UHS I/II.

Walaupun masih belum diketahui lagi harga jualannya tetapi anda boleh bersedia untuk membuat pra-tempah Sony Alpha 9 III ini pada suku pertama 2024 yang mana harganya dianggarkan USD6,000 (~RM28119.00).

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Sony Alpha A9 III Bakal Dilancar 7 November Ini
  • Diskaun Kaw-Kaw, PS5 Berharga RM111 Je Di Platform Ni
  • Astro Tambah 5 Saluran Percuma Untuk Pelanggan sooka, NJOI

Sumber: Sony Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY