Free Fire Lancar Acara Kolaborasi Anime Demon Slayer Bermula 27 September Ini

Permainan video mudah alih battle royale, Free Fire akan melancarkan kolaborasi dengan siri anime terkenal Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba tidak lama lagi bersempena sambutan Booyah Day pada tahun ini.

Bermula 27 September hingga 25 Oktober ini, Free Fire akan melancarkan pelbagai item dengan estetik Demon Slayer yang eksklusif dalam permainan video itu sahaja.



Selain itu, pemain-pemain juga akan dapat memakai busana dan aksesori klasik karakter Demon Slayer ketika acara kolaborasi ini berlangsung seperti - Tanjiro,
Nezuko, Zenitsu, dan Inosuke, tidak lupa juga Sakonji Mask dan Tanjiro Backpack.

Menariknya lagi, pemain juga dapat memilih pelbagai jenis emote bertemakan Demons Slayer dan animasi ketibaan seperti di bawah:

  • Water Breathing Sixth Form: Whirlpool emote

  • Thunder Breathing First Form: Thunder Flash emote

  • Beast Breathing Fifth Fang: Crazy Cutting emote

  • Water Breathing Tenth Form: Constant Flux arrival animation




Selain itu, pemain yang log masuk dari 29 September hingga 12 Oktober boleh menyertai misi istimewa untuk menebus hadiah-hadiah menarik di bawah:

  • Tengen’s Bundle: Event Grand Prize

  • Haganezuka Mask, Tanjiro Style Gloo Wall, Giyu Style Pan, Zenitsu Style Jeep skin: Free Royale with Gold

  • Tanjiro Style Avatar, Banner and Backpack: Event Sub Prizes


{suggest}

Untuk pengetahuan anda, sepanjang acara kolaborasi Demon Slayer ini, antara muka menu dan dalam permainan Free Fire ini juga akan diterapkan tema dan estetika siri anime tersebut. Anda boleh memuat turun Free Fire melalui pautan di bawah:

Google Play Store

Apple App Store

Sumber: Siaran Akhbar Free Fire