Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TCL 40 NXTPAPER

Pengeluar Skrin Terkemuka Akan Lancar Telefon Pintar Terbaru Di Malaysia

Diterbitkan September 25, 2023 · Dikemas kini September 26, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat yang terkenal dengan pengeluaran skrin untuk pelbagai peranti di dunia, TCL bakal melancarkan telefon pintar pertama mereka di Malaysia.

Menerusi model The TCL 40 NXTPAPER 4G dan 5G, ia akan menjadi satu-satunya telefon pintar yang menawarkan pengalaman paparan revolusi warna pertama di dunia.

Dalam satu kenyataan media, TCL menyatakan 40 NXTPAPER mewakili kemajuan ketara dalam teknologi paparan.

Antara ciri utama skrin telefon pintar TCL ini adalah ia menerima Pensijilan TÜV tanpa pantulan yang menawarkan fungsi anti-silau, menerusi tekstur kesan matte seperti kertas.

TCL 40 NXTPAPER_KV
TCL 40 NXTPAPER juga dipasangkan dengan ciri kalis comot cap jari.

Satu lagi ciri menonjol TCL 40 NXTPAPER ialah aksesori T-Pen, stylus yang direka untuk mengambil nota, lukisan dan interaksi yang mudah dengan peranti.

T-Pen menawarkan pengalaman yang lancar dan intuitif, meningkatkan produktiviti dan melancarkan kreativiti anda.

Nantikan kemunculan TCL 40 NXTPAPER di pasaran tempatan dengan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada jam 2.30p.m, 10 Oktober 2023.

Pada acara itu juga, TCL dijangka akan turut melancarkan barisan TV Pintar terbaru mereka.

Pengeluar Skrin Terkemuka Akan Lancar Telefon Pintar Terbaru Di Malaysia

Berkaitan

  • Siri TCL 40 NXTPAPER - Skrin Telefon Dengan Tekstur Seperti Kertas
  • Siri Redmi Note 13 Rasmi - Pertama Guna Dimensity 7200-Ultra Dan Ada IP68
  • realme C51 Hadir 28 September Ini, Harga Sekitar RM500

Sumber: Siaran media TCL

(Beli pelbagai produk TCL terkini di stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY