Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maybank2u secure2u mae

SMS OTP Tidak Lagi Digalakkan, Pengguna Digesa Beralih Kepada SecureTAC Dan Secure2u

Diterbitkan Jun 26, 2023 · Dikemas kini Jun 26, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah mengarahkan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi untuk melaksanakan sekatan keseluruhan di peringkat rangkaian bagi perkhidmatan SMS melalui Peer-to-Peer (P2P) dan Application-to-Person (A2P) yang mengandungi perkara-perkara terlarang seperti berikut:

  1. penggunaan pautan yang menjurus pengguna untuk klik kepada sesuatu pautan (contoh: https://touchngologin.cc/ atau https://cimbk.info);
  2. memohon maklumat peribadi pengguna (seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor akaun perbankan dan lain-lain); dan
  3. mengandungi nombor talian mudah alih atau talian tetap untuk dihubungi.

Larangan itu bertujuan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Walau bagaimanapun, pengecualian masih akan diberikan kepada perkara-perkara melibatkan perkhidmatan perlu (essential services) yang diisytiharkan oleh Syarikat Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi seperti berikut:

  1. Institusi kewangan;
  2. Program bantuan (Government aid), khidmat pesanan awam dan inisiatif-inisiatif oleh Kerajaan;
  3. Perkhidmatan komersial yang disediakan dengan persetujuan (consent) oleh pengguna;
  4. Perkhidmatan kandungan mudah alih (mobile content services) dan perkhidmatan bernilai tambah (value add services);
  5. Komunikasi Internet benda (Internet of things); dan
  6. Perkara-perkara lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.

Syarikat Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi juga digesa untuk mengambil tindakan serta-merta untuk mengisytiharkan senarai perkhidmatan- perkhidmatan SMS yang sedang ditawarkan untuk tujuan penilaian Suruhanjaya atau perkhidmatan SMS tersebut disekat di peringkat rangkaian dan SMS yang dihantar tidak boleh diterima oleh pengguna akhir.

Selain itu, selari dengan mandat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tidak lagi menggalakkan penggunaan SMS One Time Password (OTP), orang ramai diminta untuk memilih menggunakan saluran komunikasi dan verifikasi yang lebih selamat seperti mana teknologi SecureTAC dan Secure2u.

Orang ramai disarankan untuk berhubung dengan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi (Telco) masing-masing sekiranya berdepan gangguan perkhidmatan SMS selepas tarikh 2 Julai 2023.

MCMC menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak menekan sebarang pautan mencurigakan yang diterima menerusi platform SMS, tidak berkongsi maklumat transaksi perbankan dan data peribadi melalui SMS, serta sentiasa berhati- hati dan meneliti sebarang kandungan SMS yang disyaki palsu atau meragukan dengan membuat semakan semula melalui organisasi yang terlibat.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Ini Cara Kenali Telefon vivo Asli Atau Tiruan
  • 7-Eleven Terima Pembayaran Melalui AlipayHK, GCash, Kakao Pay Dan TrueMoney

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY