Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-03-25 at 9.57.11 AM

Skuter EV Mampu Milik Ini Tengah ‘Panas’, Boleh ‘Tapau’ RX-Z

Diterbitkan Mac 25, 2024 · Dikemas kini Mac 25, 2024 oleh ariff bukhari

Dalam beberapa hari lepas, heboh dalam kalangan peminat tegar motosikal berkaitan dengan skuter EV yang berjaya menyaingi motosikal berenjin 2 lejang yang sangat popular di Malaysia, RX-Z.

Bersumberkan video yang dikongsikan oleh GGR Motor, model skuter EV yang digunakan mereka adalah daripada EBixon Kruz yang berharga RM9,900 dan didakwa mampu memecut mencecah kelajuan  232km/j (GPS).

motosikal EV
Sudah tentunya skuter EV ini sudah melalui modifikasi khas yang membolehkannya memecut laju dari had yang ditetapkannya.

Skuter EV ini juga layak menerima rebat bernilai RM2,400 menerusi inisiatif Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas) dilaksanakan Kerajaan.

Daripada info yang dikongsikan EBixon Malaysia menunjukkan, skuter tersebut ditawar dalam kuantiti yang terhad buat masa ini dan harga yang dipaparkan mungkin belum termasuk dengan baterinya sekali.

Berikut adalah spesifikasi standard skuter baharu ini.

Skuter EV Mampu Milik Ini Tengah ‘Panas’, Boleh ‘Tapau’ RX-Z
Kredit: FB Audi Koh, Pengarah Timsun Malaysia.

Selain model EV ini, Ebixon turut ada menawarkan 2 lagi EV mereka, EBixon Bold (RM9,00) dan EBixon Torq (RM14,888).

motosikal EV

Skuter EBIXON telah dibangunkan dan dibawa masuk ke Malaysia melalui perkongsian antara NH EV TECH dan Dongguan Tailing Motor Vehicle Co., Ltd. (“TAILG”).

Diperbadankan pada tahun 2004 di China, TAILG ialah sebuah perusahaan khusus dalam R&D, pembuatan, penjualan dan perkhidmatan kenderaan elektrik tenaga baharu.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi EBixon.com

Berkaitan

  • Ini Cara Mohon Rebat RM2,400 Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
  • Ini 10 Model Skuter Elektrik Yang Layak Terima Rebat RM2400
  • Direka Oleh Bekas Pereka Lamborghini, Harga EV BYD Baharu Ini Kurang Dari RM50 Ribu

Sumber: GGR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY