Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Seagull

Direka Oleh Bekas Pereka Lamborghini, Harga EV BYD Baharu Ini Kurang Dari RM50 Ribu

Diterbitkan Mac 25, 2024 ยท Dikemas kini Mac 25, 2024 oleh ariff bukhari

Pengeluar EV terbesar dunia, BYD telah pun melancarkan EV terbaharu mereka yang dikenali sebagai Seagull EV Honor Edition.

Ia merupakan EV paling mampu milik ditawarkan BYD di mana ia dijual pada harga bermula dari 69,800 yuan (~RM45,700) sahaja.

BYD DOLPHIN MINI
EV ini juga dikenali sebagai BYD DOLPHIN MINI yang telah pun memasuki pasaran Brazil dan Mexico sejak awal Mac lalu.

Dikuasakan oleh bateri Blade dibangunkan sendiri oleh BYD, EV baharu ini tersedia dalam versi 30.08 kWj yang mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 305 km dan versi 38.88 kWh yang mampu mencapai sehingga 405 km.

Ia juga boleh mengecas dari 30% hingga 80% dalam 30 minit.

BYD DOLPHIN MINI
Telah dilancarkan pada awal Mac lalu, Seagull EV Honor Edition ini mendapat jolokan “Lamborghini mini,” kerana bekas pereka Lamborghini, Wolfgang Egger mengetuai reka bentuk EV tersebut.

Buat masa ini, EV mampu milik BYD ini telah pun memasuki pasaran Brazil dan Mexico.

Walaupun BYD dilaporkan tidak bercadang untuk memasuki pasaran EV di AS, tetapi harga Seagull telah memberi tamparan kepada EV AS dan ia dilihat akan memeningkan pengeluar EV di sana.

Berkaitan

  • Ini Cara Mohon Rebat RM2,400 Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
  • Perodua Akan Keluarkan EV Mampu Milik Menjelang Hujung 2025
  • Sambar Telefon Pintar vivo Dan iQOO Serendah RM399 Malam Ini Di Lazada

Sumber: electrek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY