Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Dalam Perancangan Menggunakan ID Digital Di Malaysia

SKMM Masih Memantau Penyebaran Maklumat Palsu Di Media Sosial

Diterbitkan Februari 25, 2020 oleh ariff bukhari

Sabit kesalahan menyebar berita palsu boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa mereka akan terus memantau penyebaran maklumat palsu di laman media sosial berikutan perkembangan semasa di dalam negara.

Seperti semua sedia maklum, pihak Polis dan SKMM telah bekerjasama dalam membanteras penyebaran maklumat palsu tentang wabak Covid-19. Hasilnya, beberapa individu telah berjaya ditahan dan didakwa di mahkamah kerana didapati melakukan kesalahan tersebut baru-baru ini.

Kini pula melibatkan isu politik semasa yang sedang hangat diperkatakan sejak hari Ahad lalu.

Jadi SKMM sekali lagi mengingatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih yang menyentuh sensitiviti kaum (Race), agama (Religion) dan institusi Diraja (Royalty) [3R].

Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Jika disabit kesalahan, anda boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. SKMM menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi hak dan kepentingan masyarakat.

Jika anda melihat berlakunya insiden atau penyebaran kandungan berunsur 3R di media sosial, anda bolehlah melaporkannya terus kepada pihak SKMM melalui aplikasi Whatsapp di talian 016- 220 6262 atau emel kepada [email protected].

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY