Salah seorang suspek itu adalah pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam.
Selepas berjaya menahan seorang suspek di Bangi, Selangor semalam kerana didakwa menyebarkan berita palsu tentang wabak coronavirus, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menahan empat lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu yang sama.
Operasi serbuan yang dijalankan secara berasingan oleh PDRM dan SKMM itu telah dibuat 2 di Melaka dan masing-masing 1 di Kedah dan Pahang. Dalam operasi yang dijalankan di antara jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang itu, PDRM dan SKMM telah menahan kesemua suspek yang terlibat bagi merakam keterangan mereka.
Suspek di Alor Setar adalah seorang tutor sambilan berumur 49 tahun dan suspek di Kuantan pula merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang berumur 24 tahun. Mereka berdua masing-masing disyaki telah memuat naik kandungan palsu wabak Novel Coronavirus di laman sosial Facebook dan Twitter mereka.
Sementara 2 lagi suspek yang ditahan di Peringgit dan Merlimau, Melaka adalah pembantu farmasi yang berumur 25 dan 30 tahun.
Kerajaan bertindak menerusi pihak berkuasa bagi mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu berikutan begitu banyaknya penularan pelbagai berita tidak benar berkaitan wabak coronavirus.
Dengan penahanan terbaru ini telah menjadikan 5 orang suspek telah ditahan berkaitan penyebaran berita plasu wabak coronavirus setakat ini.
SKMM dalam kenyataan medianya berkata, mereka dan PDRM akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan dalam mengawal penyebaran berita palsu demi memelihara keamanan dan ketenteraman awam.
Berkaitan
- SKMM Menjawab Dakwaan Langganan Talian Internet Dalam Kalangan Isi Rumah B40 Rendah
- AI Ubah Laporan Berita Bernama TV Berkaitan Elon Musk
- Buang Segera Aplikasi LastPass Palsu Ini Dari Peranti
- Tonton Video PDRM Memusnahkan 1069 Mesin Bitcoin Bernilai RM5.3 Juta Menggunakan Penggelek Jalan
- Ini Senarai Syarikat Telekomunikasi Yang Telah Dikompaun SKMM Setakat Suku Ke-2 2020
- SKMM Menggesa Pelajar Memanfaatkan Kemudahan Pusat Internet Komuniti Terdekat Dengan Mereka
- Hantar iPhone Palsu Ditukar Kepada Tulen, 2 Rakyat China Dipenjara Lebih 20 Tahun
- Ada Individu Menggunakan Nama Pengerusi SKMM Untuk Urusan Pemerolehan Dan Pembayaran Kepada Vendor Antarabangsa.
- SKMM Menangani Aduan Masalah Capaian Internet Di 4 Lokasi Di Sabah
- Microsoft Membangunkan 2 Teknologi Baru Bagi Menangani Berita Palsu