Ia bertujuan memberi ruang kepada kerja-kerja naik taraf yang akan bermula pada jam 2 petang hari Sabtu bersamaan 19 Januari 2019. Proses penambahbaikan sistem itu akan berlanjutan sehingga jam 3 pagi hari Ahad, 20 Januari 2019.
Dalam tempoh itu, penumpang tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan seperti daftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan.
Pihak AirAsia menasihatkan agar penumpang mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf itu dan mencetak pas masuk penerbangan atau menggunakan pas masuk elektronik.
Daftar masuk menerusi laman web dan aplikasi mudah alih boleh dibuat 14 hari sebelum tarikh penerbangan bagi AirAsia dan AirAsia X.
Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, penumpang disarankan untuk berada dilapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu yang dijadualkan.
#AirAsia upgrading reservation systemshttps://t.co/KTovSm5zkl
— AirAsia (@AirAsia) January 14, 2019
Kredit foto utama: AirBus
Berkaitan
- Sony Pening Kepala Untuk Letak Harga Jualan PS5
- Kemaskini Telegram 4.1 Membolehkan Anda Menambah 10,000 Ahli Ke Dalam Group
- Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Yang Paling Digemari Untuk Jun 2018
- Xiaomi Jepun Mohon Maaf Kerana Guna "Bom Nuklear" Dalam Iklan
- Salah Seorang Pengasas Apple Saran Orang Ramai Supaya Berhenti Menggunakan Facebook
- iPhone 7 Plus Dan iPhone 6s Plus Ditawarkan RM450 Lebih Rendah Dari Harga Asal
- Xiaomi Redmi 9 Rasmi Diumumkan, Helio G80 Dengan Bateri 5,020mAh Sekitar RM721
- Sony a9 - Kamera Berharga RM21,799 Kini Dijual Di Malaysia
- Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Boleh Ditanggalkan Mungkin Akan Kembali Lagi
- Telefon Pintar Bajet, Neffos X1 Lite Sudah Mendarat Di Malaysia - RM499