Sistem Operasi Huawei Dijangka Hadir Penghujung Tahun Ini

Terdahulu, Huawei pernah menyuarakan rancangan mereka berkenaan pembangunan sistem operasi tersendiri bagi mengoperasikan telefon pintar serta komputer.

Sebelum ini diibaratkan sebagai "Plan B", sistem operasi itu nampaknya bakal ditawarkan penghujung tahun ini sekiranya sekatan oleh Amerika Syarikat masih berjalan.

Memetik laporan dari CNBC, salah seorang ketua eksekutif Huawei, Richard Yu, menyatakan mereka masih lagi komited dengan Windows dan Android tetapi jika tetap dihalang secara kekal, barulah sistem operasi tersendiri itu diperkenalkan.

Difahamkan, sistem operasi itu akan menyokong setiap produk dan ekosistem Huawei termasuklah seperti telefon pintar, komputer, tablet, TV dan lain-lain. Yu juga menyebut ia akan serasi digunakan dengan aplikasi Android dan aplikasi web sedia ada.

Tempoh hari, Amerika Syarikat telah memberikan tempoh lanjutan selama 90 hari  kepada Huawei untuk mengendalikan rangkaian serta kemaskini perisian kepada peranti sedia ada.

Huawei ketika ini dikatakan masih berbincang dengan Google berkenaan isu yang berlaku.Adakah sekatan ini bersifat sementara atau kekal berpanjangan, sama-sama kita nantikan keputusan dari perbincangan itu dimasa akan datang.

Sumber: South China Morning Post