Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem MakGeoPadi Menang Anugerah Geospatial World Excellence Award 2023

Sistem MakGeoPadi Menang Anugerah Geospatial World Excellence Award 2023

Diterbitkan Mei 15, 2023 oleh ariff bukhari

Pada persidangan Geospatial World Forum 2023 yang berlangsung dari 2 hingga 5 Mei 2023 lalu, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memenangi anugerah Geospatial World Excellence Award 2023.

Anugerah yang dimenangi itu adalah bagi kategori penggunaan dan penyelesaian teknologi geospatial angkasa dalam bidang keselamatan makanan dan pertanian.

Persidangan yang berlangsung di Postillion Hotel and Convention Centre, World Trade Centre Rotterdam, The NetherlandsĀ itu memperlihatkan MYSA mempertaruhkan inisiatif inovasi memanfaatkan teknologi geospatial angkasa remote sensing dalam membangun serta mengoperasikan Sistem Maklumat Geospatial Padi (MakGeoPadi).

Sistem MakGeoPadi Menang Anugerah Geospatial World Excellence Award 2023
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA bersama anugerah yang dimenangi.

Sistem MakGeoPadi yang dipilih memenangi anugerah ini telah dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Lembaga Pertubuhan Peladang, dan MARDI pada tahun 2010 dahulu.

Sistem ini telah dioperasikan secara berterusan sehingga kini dan mampu membantu pihak berkuasa berkaitan mengurus dan memantau tanaman padi di 12 jelapang padi negara secara lebih cekap serta berkesan menggunakan kelebihan teknologi geospatial angkasa remote sensing.

Melalui sistem ini, imej satelit terkini beresolusi tinggi digunakan untuk mengenal pasti keluasan sebenar kawasan bertanam padi dan status pelaksanaan penanaman padi di seluruh jelapang secara menyeluruh, berkala, real-time dan berketepatan tinggi.

Imej satelit ini diintegrasikan dengan maklumat sempadan pentadbiran, skim pengairan, maklumat pesawah dan lot sawah dalam satu pangkalan data bagi membolehkan agensi pertanian mengurus dan memantau jelapang padi dengan lebih mudah, tepat dan cepat.

Penggunaan sistem ini telah memberi manfaat kepada sekitar 192,663 pesawah padi di seluruh negara.

Penyertaan inisiatif MYSA ini telah berjaya menyakinkan pihak juri untuk dipilih sebagai pemenang berbanding lebih 140 penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur daripada seluruh dunia.

Berkaitan

  • Lebih 50 Aplikasi Android Akan Terima Kemas Kini Antaramuka Baharu
  • TNG eWallet Naikkan Had Minimum Tambah Nilai Melalui FPX Dan Kad Kredit Iaitu RM20
  • Pengguna Windows 10 Akan Dinaik Taraf Secara Automatik Kepada Versi 22H2

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY