Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sistem Kereta Api Di Belarus Digodam, Elak Rusia Hantar Tentera Ke Ukrain

Posted on Januari 25, 2022

Rangkaian kereta api di Belarus telah digodam selepas negara tersebut membantu Rusia untuk untuk menghantar bantuan ketenteraan menceroboh Ukrain.

Rusia telah menghantar tentera, kereta kebal dan bantuan senjata ke Belarus untuk tentera menjalani latihan di sana sebelum mereka mencerobohi Ukarain melalui negara tersebut.

Kumpulan yang bergelar Belarusian Cyber-Partisans telah mengumumkan serangan mereka di Twitter melalui akaun @cpartisans. Kumpulan tersebut juga ada membuat pengumuman di Telegram.

We have encryption keys, and we are ready to return Belarusian Railroad's systems to normal mode. Our conditions:
🔺 Release of the 50 political prisoners who are most in need of medical assistance.
🔺Preventing the presence of Russian troops on the territory of #Belarus. https://t.co/QBf0vtcNbK

— Belarusian Cyber-Partisans (@cpartisans) January 24, 2022

Penggodaman ini telah menyebabkan rangkaian kereta api Belarus seperti laman sesawang, pembelian tiket secara atas talian dan jadual perjalanan terganggu perkhidmatannya.

Mereka akan menyerahkan kunci penyulitan dengan syarat Belarus membebaskan tahanan tidak bersalah yang ditangkap atas pemerintahan rejim Presiden Belarus iaitu Alexander Lukashenko. Selain itu, mereka juga  menuntut agar Belarus tidak lagi memberi bantuan kepada negara Rusia.

Sumber: arstechnica

Baca juga:

  • Tiada Lagi Kereta Dengan 100% Enjin Petrol, Lamborghini Beralih Ke Elektrik Tahun 2024
  • Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini
  • Kes Mencuri Elektrik Untuk Melombong Bitcoin Meningkat 400% Di Malaysia, Rugi Lebih RM2.3 Bilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress