Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Pro

Siri Xiaomi 14 Dijangka Hadir Dengan Bateri Lebih Besar

Diterbitkan Julai 4, 2023 ยท Dikemas kini Julai 4, 2023 oleh Amalina Athman

Dengan siri Xiaomi 13 telah pun tersedia untuk pasaran global, pastinya tumpuan beralih kepada penawaran bagi siri akan datang. Terbaharu, spesifikasi siri Xiaomi 14 didakwa telah tertiris, yang mendedahkan janaan cip, kapasiti bateri lebih besar, kelajuan pengecasan dan sebagainya.

Berkaitan

  • Xiaomi Dilapor Perlihatkan Kereta Elektrik Pertama Mereka
  • Xiaomi 13 Ultra Dengan Kamera Leica Berharga RM5199

Menurut peniris terkenal Digital Chat Station, siri Xiaomi 14 akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3. Qualcomm dijangka akan memperkenal cip berkenaan pada hujung Oktober nanti.

Selain itu, Xiaomi 14 mungkin hadir dengan kapasiti bateri 4,860mAh bersama pengecasan 90W. Sementara Xiaomi 14 Pro mempunyai bateri yang lebih besar dengan kapasiti 5,000mAh serta pengecasan pantas 120W.

Siri Xiaomi 14 dijangka akan dilancarkan sekitar November kelak. Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya dari semasa ke semasa.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Pegang Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ke-3 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
©2026 WISER.MY