Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-04-05 at 9.56.44 AM

vivo X60T Diumumkan, Dikuasakan Cip Dimensity 1100

Diterbitkan April 5, 2021 · Dikemas kini April 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada penghujung tahun lalu, barisan vivo X60 telah diumumkan di China. Kini, mereka memperkenalkan telefon terbaharu dalam siri ini, iaitu vivo X60T.

Jika dilihat, tiada banyak perbezaan pada rekaannya berbanding dengan varian X60 yang biasa. Namun, di dalam telefon ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 1100.

Selain itu, telefon ini turut dilengkapi tiga lensa dimana 48MP utama, 13MP ultra lebar dan 13MP potret dan masih menggunakan sistem kamera dari Zeiss. Sementara lensa swafoto 32MP.

Screenshot 2021-04-05 at 9.57.19 AM

Akan tetapi, X60T tidak dimuatkan gimbal untuk penstabilan imej dan rakaman. Ia merupakan satu kehilangan terbesar kerana barisan siri vivo ini sememangnya terkenal dengan gimbal kameranya.

Pada bahagian hadapan, X60T dilengkapi paparan 6.56 inci AMOLED FHD+ 120Hz. Kapasiti bateri pula dimuatkan 4300mAh dengan pengecasan pantas 33W. Tambahan lagi, ia menjalankan OriginOS dan tidak menggunakan Funtouch OS.

Konfigurasi memori bagi X60T ditawarkan hanya satu pilihan, iaitu memori 8GB  dan storan dalam 128GB. Harga diletakkan adalah 3498 yuan (~RM2489). Seperti biasa, telefon tersebut hanya ditawarkan di pasaran China sahaja buat masa sekarang.

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY