Siri Tecno Spark 10 Rasmi Di Malaysia Pada Harga Permulaan RM599, Ada Kamera 50MP

Tecno Mobile semalam sudah memasarkan siri Spark 10 secara rasmi di Malaysia. Tiga model dibawa masuk ialah Spark 10, Spark 10 Pro, Spark 10 5G, bermula pada harga RM599.

Mari kita lihat spesifikasi setiap model.

Spark 10


Ini merupakan model paling bawah dalam siri terbaru ini. Di Shopee, pembeli juga akan mendapat sebuah TWS secara percuma.



  • Cip: MediaTek Helio G37

  • RAM/ROM: 8/128GB

  • Bateri: 5000mAh

  • Pengecasan: 18W

  • Paparan: LCD 6.6" 90Hz

  • Kamera belakang: 50MP

  • Kamera swafoto:  8MP


{suggest}

Butang kuasanya turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari.

Harga asalnya ialah RM599 namun sehingga 4 April 2023, ia dijual pada RM549 di Shopee.

Klik SINI untuk ke laman Spark 10 Pro di Shopee.

Spark 10 Pro




  • Cip: MediaTek Helio G88

  • RAM/ROM: 16/128GB

  • Bateri: 5000mAh

  • Pengecasan: 18W

  • Paparan: LCD 6.8" 90Hz, resolusi FHD+

  • Kamera belakang: 50MP

  • Kamera swafoto:  32MP


Harga asalnya ialah RM699 namun sehingga 4 April 2023, ia dijual pada RM649 di Shopee.

Klik SINI untuk ke laman Spark 10 di Shopee.

Spark 10 5G




  • Cip: MediaTek Dimensity 6020 5G

  • RAM/ROM: 16/128GB

  • Bateri: 5000mAh

  • Pengecasan: 18W

  • Paparan: LCD 6.8" 90Hz, resolusi FHD+ 1080 x 2460

  • Kamera belakang: 50MP

  • Kamera swafoto:  8MP


Ini merupakan model paling tinggi spesifikasinya dalam siri ini dan satu-satunya yang menyokong 5G.

Takuk di hadapan menggunakan rekaan 'water-drop'.

Ia dijual pada harga RM799. Klik SINI untuk ke laman Spark 10 5G di Shopee.

Kesmua peranti ini ada dalam 2 warna, Meta Black dan Meta Blue.

Sumber: Tecno Mobile Malaysia