Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kemas kini android

Pengguna Android Dengan GPU Mali Berdepan Kecacatan Keselamatan Kritikal

Diterbitkan November 27, 2022 ยท Dikemas kini November 27, 2022 oleh ariff bukhari

Google menerusi pasukan keselamatan Project Zero memaklumkan penemuan kecacatan keselamatan kritikal untuk telefon yang mengandungi GPU Mali yang masih belum ditangani dengan betul.

Pasukan Project Zero Google di dalam blog rasminya telah memeperincikan mengenai isu ini dan mengapa sangat penting untuk membetulkannya dengan segera.

Google menjelaskan, isu keselamatan kritikal yang didaftarkan sebagai CVE-2022-33917 itu memberi kesan kepada peranti yang mengandungi GPU Mali ARM.

Laporan itu menyenaraikan pengguna peranti dari Google, Samsung, Xiaomi, dan OPPO dengan GPU Mali berisiko mengalami kecacatan keselamatan yang masih belum menerima kemas kini bagi menampal kecacatan tersebut.

Berkaitan

  • Bukan TSMC, Qualcomm Didakwa Pilih Samsung Untuk Hasilkan Snapdragon 8 Gen 3
  • Tecno Lancar Lensa 'Eagle Eye', Menjejak Objek Bergerak Secara Automatik
  • Cara Melihat "Router IP Address" Pada Windows 11

Secara amnya, Project Zero menjelaskan bahawa isu ini akan membolehkan serangan akses kepada sistem telefon dan memintas sistem kebenaran peranti Android supaya mereka boleh mengakses data pengguna yang lebih luas.

Project Zero memaklumkan bahawa isu-isu ini telah dibangkitkan dengan ARM dan ia telah mengeluarkan tampalan dengan cepat pada bulan Julai dan Ogos untuk menangani isu tersebut.

Walau bagaimanapun, apabila ujian tambahan dijalankan untuk menentukan keberkesanan tampalan, didapati bahawa isu keselamatan ini masih berterusan walaupun dengan pembetulan yang sepatutnya telah diberikan.

Ekoran itu, jurucakap Google memaklumkan, “Pembetulan yang disediakan oleh ARM kini sedang menjalani ujian untuk peranti Android dan Pixel dan ia akan dihantar pada minggu-minggu akan datang”.

Sumber: Engadget, Project Zero, Android Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY