Siri ROG Phone 8 Kini Rasmi - Dilengkapi SD Gen 3, Kamera Telefoto, Ciri AI

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan siri ROG Phone 8 baharu. Tidak hanya menyasarkan kepada pemain, ROG Phone 8 membawakan sejumlah ciri premium termasuk penarafan IP68, ciri AI serta kamera yang lebih baik.

{suggest}

Barisan ROG Phone 8 terdiri daripada tiga model - ROG Phone 8, ROG Phone 8 Pro dan ROG Phone 8 Pro Edition.


Spesifikasi


Ketiga-tiga model ROG Phone 8 mempunyai rekaan yang lebih ringan dan nipis, dengan hanya 8.9mm dan seberat 225g. Ia didatangkan dengan kapasiti bateri 5,500mAh serta sokongan pengecasan 65W berwayar dan 15W tanpa wayar.



Barisan ROG Phone 8 dilengkapi panel 6.78" AMOLED yang menyokong sehingga 165Hz kadar segar semula dan 1 hingga 120Hz menggunakan teknologi LTPO. Maksimum kecerahan boleh mencapai 2500 nit.

Untuk janaan peranti, siri ROG Phone 8 dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3 bersama konfigurasi memori sehingga 24GB RAM LPDDR5x dan 1TB storan berasaskan UFS 4.0.

Dari segi kemampuan fotografi, ia mempunyai tiga kamera terdiri daripada 50MP utama (sensor 1/1.56" Sony IMX890) dengan 6-axis Hybrid Gimbal Stabilizer 3.0 dan 13MP ultra-lebar.



Untuk pertama kalinya, siri ROG Phone 8 dilengkapi 32MP telefoto dengan 3x zum optik, OIS, 10x zum Hyper Clarity AI dan 30x zum digital. Sementara kamera swafoto dimuatkan sensor 32MP.

ASUS mengatakan AeroActive Cooler X kini 29% lebih kecil tetapi menawarkan kecekapan termal 1.2x lebih tinggi, mampu mengurangkan suhu di bahagian panel belakang sebanyak 26°C.



Menariknya, Phone 8 merupakan telefon permainan pertama yang menyokong penarafan kalis air IP68 (peranti sebelum ini hanya menyokong IP54). Ia juga mempunyai sokongan Microsoft Phone Link, termasuk aplikasi penstriman dan screen mirror, drag & drop fail dan salin & tampal antara peranti dan PC.

Ciri AI


Memandangkan ini adalah tahun 2024, ASUS ROG tidak ketinggalan menawarkan ciri AI dalam siri ROG Phone 8. Pengguna boleh menggunakan AI Grabber untuk mengimbas dan menyalin teks dalam permainan. Sebagai contoh, dalam Genshin Impact, pengguna boleh menyalin objektif misi untuk mencari panduan bagi misi tertentu.

Selain itu, terdapat juga Semantic Search, serta AI Wallpaper yang boleh menjana wallpaper menggunakan teknologi Stable Diffusion.

AniMe Vision




Siri ROG Phone 8 baharu termasuk elemen unik yang boleh disesuaikan, termasuk logo Aura RGB Lightning (ROG Phone 8) dan paparan Anime Vision Mini-LED (ROG Phone 8 Pro/ Pro Edition). AniMe Vision ialah paparan 341 elemen yang boleh dipaparkan secara pratetap atau menggunakan animasi yang dihasilkan pengguna.

Pengguna juga boleh membuka kunci animasi rahsia dengan menyentuh telefon berturut-turut dengan satu lagi ROG Phone 8 Pro / Edisi Pro.

Ketersediaan dan Harga


ASUS ROG Phone 8 Pro & Pro Edition tersedia dengan warna Phantom Black, manakala ROG Phone 8 ditawarkan dengan warna Rebel Grey dan Phantom Black. Harga adalah seperti berikut:

  • ROG Phone 8 16GB/256GB - $1099.99 (~RM5,116)

  • ROG Phone 8 Pro 16GB/512GB - $1199.99 (~RM5,581)

  • ROG Phone 8 Pro Edition 24GB/1TB - $1499.99 (~RM6,977)

  • AeroActive Cooler X - $99.99 (~RM465)




Bagi mengetahui harga untuk pasaran tempatan, nantikan pelancaran siri ROG Phone 8 di Malaysia yang akan berlangsung pada 30 Januari 2024.

Sumber: Siaran Media ASUS ROG

Berkaitan