Senarai Peranti Xiaomi Yang Dijangka Akan Terima Naik Taraf Android 12 Dan MIUI 13

Xiaomi telah pun mula menawarkan kemas kini MIUI 12.5 pada sebahagian besar peranti mereka termasuklah model telefon pintar Xiaomi, Redmi dan POCO

Tetapi Xiaomi juga kini sedang membangunkan versi terbaru MIUI 13 yang belum diketahui bilakah ia akan mula ditawarkan kepada semua penggunanya.

Sebelum ini sudah dilaporkan bahawa model-model peranti Xiaomi yang dikeluarkan dalam tempoh 2 tahun ini akan menerima kemas kini MIUI 13 nanti.

Bermakna, mana-mana model peranti Xiaomi dari tahun 2019 akan menerima kemas kini tersebut.

Laman XiaomiMIUI baru-baru ini pula ada menyenaraikan kemas kini terbaru senarai telefon pintar Xiaomi yang akan terima bukan sahaja MIUI 13, tetapi juga peranti yang akan terima naik taraf kepada sistem Android 12.

Berikut adalah senarai peranti Xiaomi yang dijangka akan terima kemas kini MIUI 13 menurut laman XiaomiMIUI:-

  • Mi 11 series

  • Mi 10 series

  • Mi Fold

  • Redmi Note 10 series

  • Redmi Note 9 series

  • Mi MIX Alpha

  • Redmi K40 series

  • Redmi K30 series

  • Redmi K20 series

  • Redmi 9 series

  • Redmi 10X series

  • POCO X3 series

  • POCO X2

  • POCO M2 series

  • POCO X2 Pro/ POCO X2 Pro

  • Black Shark 3 series

  • Black Shark 2 series


Berikut pula adalah senarai peranti Xiaomi yang dijangka akan terima dan tidak menerima naik taraf sistem Android 12 menurut laman XiaomiMIUI:-



Walaubagaimanapun, daripada senarai yang dikongsikan di atas ini, mungkin masih terdapat model peranti yang turut akan terima MIUI 13 dan Adroid 12.

Cuma ia tidak disenaraikan di sini kerana belum dapat dipastikan kesahihannya.

Senarai terbaru akan dikemas kini sekali lagi selepas Xiaomi mengesahkan secara rasmi model peranti mereka yang akan menyokong Android 12 dan MIUI 13.

Sumber: XiaomiMIUI

Berkaitan