Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme GT 2 Pro Rasmi Guna Snapdragon 8Gen1, Panel Belakang Seakan ‘Kertas’

Posted on Januari 5, 2022

Peranti andalan dari realme yang dinanti-nantikan telah dilancarkan. Dalam pelancaran kali ini, realme membawa 2 model iaitu realme GT 2 dan realme GT 2 Pro.

Ini adalah spesifikasi realme GT 2 Pro:

  • Cip pemprosesan: Snapdragon 8 Gen 1
  • Storan: 8/12 RAM + 128/256 ROM
  • Skrin: Paparan LTPO 2.0 AMOLED QHD+ 6.7 inci, kadar segar semula 120Hz, 1 bilion warna HDR10+, kadar input sentuh 1,000Hz
  • Kamera: 50MP utama, 50MP ultra lebar, 2MP makro dan 32MP swafoto
  • Bateri: 5,000 mAh, pengecasan pantas 65W
  • Sistem: realme UI 3.0 berasaskan Android 12

realme GT 2 Pro memilih bahan binaan baharu pada peranti mereka ini iaitu dengan menggunakan polimer berasaskan bio. Oleh itu, peranti ini memberikan sentuhan seakan-akan kertas untuk panel belakangnya

realme juga mendakwa bahawa dengan menggunakan skrin AMOLED baharu, peranti ini mampu menjimatkan bateri sebanyak 50%. Selain itu, skrin ini juga mempunyai 1-120Hz kadar segar semula adaptif, 1,000Hz kadar input sentuh dan mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.

Ini pula adalah spesifikasi realme GT 2:

  • Cip pemprosesan: Snapdragon 888
  • Storan: 8/12 RAM + 128/256 ROM
  • Skrin: Paparan AMOLED FHD+ 6.62 inci, kadar segar semula 120Hz
  • Kamera: 50MP utama, 50MP ultra lebar, 2MP makro dan 32MP swafoto
  • Bateri: 5,000 mAh, pengecasan pantas 65W
  • Sistem: realme UI 3.0 berasaskan Android 12

Apa yang berbeza mengenai realme GT 2 dan realme GT 2 Pro ini adalah semestinya cip pemprosesan. realme GT 2 menggunakan cip Snapdragon 888 yang merupakan cip andalan tahun lepas. Yang kedua pula adalah spesifikasi skrin yang digunakan. Skrin pada realme GT 2 tidak mempunyai beberapa fungsi seperti  1,000hz kadar input sentuh yang terdapat pada realme GT 2 Pro.

Kedua-dua model ini mempunyai 4 pilihan warna iaitu, Paper White, Paper Green, Steel Black dan Titanium Blue dengan 2 varian. Siri realme GT 2 ini akan mula dijual bermula 8 Januari 2022 dan dijangkan akan ke pasaran global pada Q1 tahun ini.

 

realme GT 2 Pro

  • 8GB + 128GB storan – CNY3,899 (~RM2,572)
  • 12GB + 256 storan – CNY4,999 (~RM3,298)

realme GT 2

  • 8GB + 128GB storan – CNY2,699 (~RM1,780)
  • 12GB + 256 storan – CNY3,199 (~RM2,110)

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress