Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno7

OPPO Reno7 Akan Diperkenalkan Pada 25 November Ini

Diterbitkan November 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Benar, OPPO Reno kini kembali lagi walaupun Mei lalu siri OPPO Reno6 baru sahaja dilancarkan. Kali ini, siri OPPO Reno7 pula bakal diperkenalkan pada 25 November dan dilihat fokus utama adalah semestinya kamera.

Terdapat laporan mengatakan tiga model dilancarkan nanti yang merangkumi Reno7 SE, Reno7 dan Reno7 Pro di mana model SE menggantikan model Pro+ seperti mana pendahulunya.

Berdasarkan ura-ura, Reno7 SE dilengkapi skrin 6.43 inci E3 AMOLED FHD+ bersama kadar segar semula 90Hz. Peranti ini dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 920 dengan padanan 8GB/12GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB UFS 2.2.

Dari segi fotografi, kamera utamanya mungkin tampil dengan 64MP OV64B. Digandingkan bersama 8MP Sony IMX355 dan 2MP bagi lensa potret. Manakala lensa swafoto pula 32MP.

OPPO Reno7 Akan Diperkenalkan Pada 25 November Ini

Bagi OPPO Reno7, telefon ini mungkin hadir dengan paparan 6.5 inci OLED FHD+ 90Hz, cip MediaTek Dimensity 1200, RAM sehingga 12GB, storan dalaman hingga 256GB, bateri 4500mAh dan pengecasan 65W.

Kamera sedikit naik taraf dengan tetapan tiga lensa – 50MP Sony IMX766 utama, 16MP Sony IMX481 ultra lebar dan 2MP potret serta 32MP swafoto.

Sementara model tertinggi, Reno7 Pro dikatakan mempunyai skrin melengkung 6.5 inci OLED FHD+ 120Hz, cip janaan Snapdragon 888, 8/12GB LPDDR5 RAM, storan UFS 3.1 256/512GB, 4500mAh bateri dan 65W pengecasan pantas.

Bahagian belakang, terdapat lensa utama 50MP Samsung GN5, 64MP OV64B ultra lebar dan 13MP telefoto daripada Samsung. Manakala lensa hadapan 32MP.

Harga jualan dianggarkan bermula 2699 yuan (~RM1770) bagi model Reno7 SE dan menjangkau hingga 4299 yuan (~RM2819) untuk model Pro.

Sumber: OPPO Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY