Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chopper 1

Netflix Acah Kelibat ‘Chopper’ Untuk One Piece Musim Ke-2

Diterbitkan September 20, 2024 · Dikemas kini September 20, 2024 oleh ariff bukhari

Di acara Geeked Week 2024 Live dianjurkan Netflix hari ini mendedahkan sejumlah treler kandungan-kandungan baharu yang bakal menjengah ke platform penstriman itu tidak lama lagi.

Yang pastinya, peminat One Piece sudah tidak sabar menunggu kehadiran musim kedua siri tersebut.

Untuk musim kedua One Piece Netflix yang belum diumumkan tarikh  tayangannya, Netflix berkongsikan beberapa info menarik seperti kehadiran watak-watak baru seperti Mr.3, Mr. 9, Mr. 0, Miss All-Sunday dan banyak lagi.

https://x.com/NetflixGeeked/status/1836940844584051115

Menambahkan lagi kehangatan musim kedua siri aksi sebenar One Piece ini sudah tentunya kemunculan salah satu watak penting yang akan menyertai krew Topi Jerami iaitu Chopper.

Netflix Acah Kelibat ‘Chopper’ Untuk One Piece Musim Ke-2
Watak Chopper jelas sekali akan diwujudkan sepenuhnya dengan menggunakan animasi 3D.

Menurut Oda sendiri, penggambaran sedang “berjalan lancar.”Malah beliau turut memberi gambaran awal bahawa cerita bagi musim kedua One Piece akan meliputi Loguetown, Reverse Mountain (Twin Capes), Whiskey Peak, Little Island dan Drum Island.

Kesemua pelakon kini sedang menjalani penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan.

https://youtu.be/kjz–4ORYac?si=bkuid_av8jfNmtVL

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Netflix Tudum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY