Beberapa minggu yang lalu, Nubia telah melancarkan Red Magic 6 dan Red Magic 6 Pro di China. Kini, telefon tersebut bakal membuat penampilan secara global pada 9 April ini.
Bagi pasaran global, ia hanya menawarkan satu konfigurasi memori serta pilihan warna sahaja. Bermakna, Red Magic 6 hadir dengan 12GB RAM dan 128GB storan. Sementara varian Pro, 16GB RAM dan 256GB storan.

Kedua-dua telefon masih hadir dengan spesifikasi yang hampir sama, iaitu dijana cip Snapdragon 888, skrin 6.8 inci AMOLED dan kadar penyegaran 165Hz.
Red Magic 6 ditawarkan pilihan warna Eclipse Black dan dijual pada tanda harga USD599 (~RM2468). Untuk varian Pro dengan warna Moon Silver pula berharga USD699 (~RM2880).
Buat masa sekarang, kami masih belum mengetahui bilakah ia akan tiba di Malaysia. Menerusi spesifikasi dan harga sebegitu, ia mampu bersaing dengan ROG Phone 5 yang baru dilancarkan minggu lalu.
Sumber: Red Magic via gsmarena
Berkaitan
- realme 9i Kini Di Malaysia, Tampil Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP
- Sebuah Lagi Peranti Redmi Note 10 Akan Dilancar Minggu Depan
- MSI Modern Series Kini Rasmi - Komputer Riba Ringan Dengan Intel Gen-11, Harga Bermula RM3699
- Redmi 10 Akan Diperkenalkan, Mungkin Jadi Rebutan
- Siri Redmi Note 11 Dilancarkan, Guna MediaTek Dan Ada Pengecasan 120W
- Redmi Note 9T Dengan Cip Dimensity 800U Sudah Terima Pengesahan SIRIM
- Belanjawan 2023: Diskaun 20% Dan 6 Bulan Tangguh Bayaran Balik Bagi Peminjam PTPTN
- Redmi Note 10 Pro Edisi Khas Untuk Peminat Xiaomi
- GTA 6 Akhirnya Diumum Rockstar Games Tapi Tarikh Pelancaran Masih Misteri
- ViewSonic Melancarkan Monitor Gaming 165Hz Baharu, Ini Harganya