3 model iaitu RTX 3060, RTX 3070, dan RTX 3080 dengan jumlah lebih dari 70 komputer riba kesemuanya bakal tersedia dimiliki pengguna bermula 26 Januari ini.
RTX 3060 di komputer riba adalah 1.3x lebih pantas dari prestasi grafik PS5 dengan harga bermula $999.
RTX 3070 pula adalah 1.5x lebih pantas ditujukan untuk prestasi gaming 90fps pada resolusi 1440p bermula $1,299.
RTX 3080 bermula pada $1,999 dan dilengkapi dengan 16GB GDDR6 dan menawarkan pengalaman main lebih 100fps pada resolusi 1440p.
Kesemua komputer riba ini juga menggunakan generasi ketiga Nvidia Max-Q yang memfokuskan kepada kecekapan tenaga untuk rekaan nipis dan ringan.
Menurut Nvidia, prestasi generasi ketiga Max-Q adalah 2x ganda berbanding generasi sebelumnya.
Teknologi Dynamic Boost 2.0 turut diperkenalkan. Ia menggunakan kecerdasan buatan untuk menyeimbangkan kuasa antara CPU, GPU, dan juga memori GPU.
Selain itu, WhisperMode 2.0 juga disertakan yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengubah tahap akustik berpandukan kecerdasan buatan.
Rujukan: Nvidia
Berkaitan
- Cip Snapdragon 8 Gen 1 Pada Moto Edge X30 Panas? Ini Komen Dari Pengurus Besar Lenovo
- Poco X2 Dilancarkan - Jelmaan Semula Redmi K30?
- Alienware M15 Dan M17 R4 Dengan RTX 3070 Kini Di Malaysia Bermula RM10,799
- MSI Stealth 15M Hadir Dengan Cip Intel i7 Gen-11, RTX 2060 Max-Q, Dan Panel 144Hz
- Superkomputer Cray Shasta Milik Tentera Laut AS - CPU Sebanyak 290,304 Teras, 590TB RAM Dan 14PB Ruangan Storan
- Galax Malaysia Adakan Promosi Jualan RTX 2060 Hanya RM99 Sahaja 16 September Ini
- Lebih RM30 Juta Rugi Pembelian Dalam Talian Ketika PKP, Ramai Percaya Jualan Murah
- NVIDIA Mengacah Kad Grafik Khas Bertemakan Permainan Cyberpunk 2077
- LG Mula Masuk Arena Laptop Gaming, UltraGear 17G90Q Jadi Model Pertama
- Mahu Gaming Dengan NVIDIA RTX? Ini Mungkin Laptop Yang Anda Cari