Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (1)

Siri Kad Grafik Nvidia RTX 30 Kini Tiba Untuk Komputer Riba

Diterbitkan Januari 13, 2021 oleh Meor Hasyim

Diumumkan kurang dari 6 bulan selepas pengenalan RTX 30 untuk PC desktop, pihak Nvidia telah mula membawanya kepada komputer riba pula.

3 model iaitu RTX 3060, RTX 3070, dan RTX 3080 dengan jumlah lebih dari 70 komputer riba kesemuanya bakal tersedia dimiliki pengguna bermula 26 Januari ini.

Siri Kad Grafik Nvidia RTX 30 Kini Tiba Untuk Komputer Riba

RTX 3060 di komputer riba adalah 1.3x lebih pantas dari prestasi grafik PS5 dengan harga bermula $999.

Siri Kad Grafik Nvidia RTX 30 Kini Tiba Untuk Komputer Riba

RTX 3070 pula adalah 1.5x lebih pantas ditujukan untuk prestasi gaming 90fps pada resolusi 1440p bermula  $1,299.

Siri Kad Grafik Nvidia RTX 30 Kini Tiba Untuk Komputer Riba

RTX 3080 bermula pada $1,999 dan dilengkapi dengan 16GB GDDR6 dan menawarkan pengalaman main lebih 100fps pada resolusi 1440p.

Siri Kad Grafik Nvidia RTX 30 Kini Tiba Untuk Komputer Riba

Kesemua komputer riba ini juga menggunakan generasi ketiga Nvidia Max-Q yang memfokuskan kepada kecekapan tenaga untuk rekaan nipis dan ringan.

Menurut Nvidia, prestasi generasi ketiga Max-Q adalah 2x ganda berbanding generasi sebelumnya.

Teknologi Dynamic Boost 2.0 turut diperkenalkan. Ia menggunakan kecerdasan buatan untuk menyeimbangkan kuasa antara CPU, GPU, dan juga memori GPU.

Selain itu, WhisperMode 2.0 juga disertakan yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengubah tahap akustik berpandukan kecerdasan buatan.

Rujukan: Nvidia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY