Beberapa hari sahaja sebelum Apple mengadakan acara dimana siri iPhone 13 akan diperkenalkan. Kini, terdapat laporan mendedahkan warna baharu bagi telefon tersebut bersama-sama pilihan storan.
Bermula dengan dua model mampu milik, iPhone 13 mini dan iPhone 13, ia masih menawarkan pilihan warna lebih banyak. Akan tetapi, warna merah jambu (pink) akan turut serta bersama warna hitam, putih, biru, PRODUCT (RED) dan juga ungu.
Sementara model Pro dan Pro Max, ia mempunyai empat pilihan warna – hitam (black), perak (silver), gangsa (bronze) dan emas (gold). Di sini, dua warna baharu, iaitu Black dan Bronze. Warna Bronze ini juga menepati ramalan sebelum ini. Sementara hitam itu mungkin adalah Matte Black kerana kemasan model Pro adalah sebegitu.
The iPhone 13 Pro series is expected to feature a new matte black color option! What do you think of this color? pic.twitter.com/965RVgmtA4
— Apple Hub (@theapplehub) September 5, 2021
Untuk pilihan storan, iPhone 13 mini dan iPhone 13 dikatakan hanya menawarkan storan 64GB dan 128GB. Manakala varian Pro dan Pro Max, sedikit berbeza berbanding spekulasi kerana terdapat storan 128GB, 256GB dan 512GB. Tiada storan 1TB seperti ura-ura.
Walau bagaimanapun, benar atau tidak, sama-sama kita nantikan pada 15 September jam 1 pagi.
Sumber: 91mobiles
Baca juga: