Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone charge

Pengecas MagSafe Baharu Diuji Pada Empat Model iPhone 13

Diterbitkan September 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Julai lalu, terdapat spekulasi menyatakan barisan iPhone baharu yang mungkin dinamakan iPhone 13 akan mempunyai gegelung pengecas lebih besar. Ia adalah untuk peleraian haba lebih baik dan mungkin menyokong pengecasan berbalik tanpa wayar (reverse wireless charging).

Kini, pemfailan FCC terbaru mendedahkan aksesori pengecas MagSafe dikemaskini dan dijangka akan dilancarkan bersama-sama iPhone baharu nanti.

apple magsafe

Ia juga mendedahkan bahawa aksesori dengan nombor model A2548 itu diuji pada empat model iPhone yang mana barisan iPhone 12 dan masa yang sama juga diuji pada empat peranti iPhone yang tidak dikenal pasti. Berkemungkinan besar barisan iPhone 13.

Pun begitu, pemfailan tersebut tidak memberikan gambaran sama ada pengecas MagSafe baharu itu menawarkan kelajuan pengecasan lebih pantas dab sebagainya. Ini kerana kadangkala Apple menampilkan aksesori baharu tetapi hanya mempunyai perubahan yang sangat sedikit berbanding model lama.

Apa-apa pun, kita mungkin akan mengetahui tarikh pelancaran produk baharu Apple dalam minggu ini.

Sumber: 9to5mac

Baca juga:

  • Apple Mahu Kamera Periskop Pada iPhone Tapi Bukan Teknologi Dari Samsung
  • Dijangka iPhone 13 Pro Tiada Storan 256GB, Harga Mungkin Bermula ~RM5462
  • Penyelidik Mendapati, 8 Sebab Ini Membuatkan Pengguna Telefon Pintar Android Mahu Beralih Kepada iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY