Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei p40

Huawei P40 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Seperti Ini

Diterbitkan Januari 17, 2020 ยท Dikemas kini Januari 17, 2020 oleh Helmi Samsuri

Anda peminat setia siri P daripada Huawei? Imej yang dikongsikan oleh Evleaks ini mungkin boleh memberi gambaran awal peranti akan datang.

huawei p40

Peranti flagship daripada Huawei ini dikatakan akan tampil dengan binaan seramik. Selain itu, panel depan dan belakangnya juga kelihatan melengkung pada bahagian sisi.

Skrin hadapan Huawei P40 mempunyai rekaan paparan berlubang bagi memuatkan dwi kamera selfie. Butang kuasa dan pelaras kelantangan bunyi pula berada disebelah kanan. Bahagian bawah pula diletakkan dengan port USB beserta pembesar suara. Menjadi tumpuan pastinya panel belakang dengan modul petak dihuni bersama lima lensa kamera.

Terdahulu, terdapat imej lain yang tersebar diinternet memperlihatkan pilihan warna bagi Huawei P40. Lima pilihan warna itu adalah hitam, emas, perak, biru serta putih.

huawei p40

Spesifikasi penuh peranti masih lagi menjadi tanda tanya dan pelancarannya dijangka dilangsungkan tidak lama lagi. Mungkin sekitar Mac sepertimana pengenalan Huawei P30 pada tahun lalu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY