Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 4 Launch wide

Siri Black Shark 4 Sah Akan Dilancarkan Pada 23 Mac

Diterbitkan Mac 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Setelah banyak maklumat yang tertiris sejak awal bulan lalu, Black Shark akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran siri Black Shark 4, iaitu pada 23 Mac.

Walaupun ia telah memperlihatkan poster pelancaran, tetapi rekaan bagi telefon ini tidak begitu jelas. Namun, kemungkinan rekaannya mirip model terdahulu.

Jika perkara ini benar, ia agak sedikit mengecewakan kerana hanya spesifikasi sahaja yang ditambah baik dan tiada ciri lain yang menarik.

Black Shark 4 Launch

Dari segi spesifikasi, Black Shark 4 dan 4 Pro dijangka menggunakan Snapdragon 888, paparan FHD+, RAM hingga 12GB dan sokongan pengecasan 120W untuk varian Pro.

Seperti biasa, pelancaran telefon ini hanya untuk pasaran China sahaja dahulu dan pasaran global akan menyusul kemudian.

Dengan ini, sekiranya anda peminat telefon gaming, telefon manakah yang menjadi pilihan?

Ini kerana, buat masa sekarang Nubia Red Magic 6 dan ROG Phone 5 sudah membuat penampilan tahun ini.

Tambahan lagi, menariknya, OnePlus turut akan mengadakan acara pada 23 Mac juga. Malah, Apple turut dijangka berbuat demikian pada hari yang sama.

Sumber: HITech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY