Singapura Bakal Miliki Apple Store Kedua Tidak Lama Lagi

Lokasi Apple Store kedua Singapura ini cukup menarik.


Selepas baru sahaja membuka Apple Store kedua untuk Taiwan, Apple Inc. dilaporkan akan membuka pula Apple Store kedua untuk negara Singapura. Apple Store tersebut dijangka akan dibuka pada bulan 13 Julai 2019 ini.

Menjadikannya lebih menarik adalah lokasi Apple Store itu yang berada di dalam Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura yang cukup indah. Malah bersempena dengan pembukaan rasmi Apple Store itu, Apple dijangka akan mengadakan program khas yang akan diadakan di laluan yang dipanggil sebagai The Magic of Jewel Changi Airport Photo Walk.

Laluan tersebut yang terletak setinggi 500 meter membolehkan pelawatnya mengambil gambar-gambar menarik keindahan arkitektur bangunan lapangan terbang tersebut.

Kapsyen: Pemandangan lokasi Apple Store kedua Singapura di dalam Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura. Kredit: Apple


Pembukaan Apple Store Jewel Changi ini bakal menjadikannya Apple Store kelima di Asia Tenggara (kedua di Singapura) selepas Apple Store Orchard Road (Singapura),  Apple Store Iconsiam (Thailand) serta Apple Store Taipei 101 dan Apple Store Xinyi A13 yang terletak di Taiwan. Malaysia bila lagi...

Sumber: The Straits Times