Simpan Duit Anda, iPhone 9 / SE 2 Akan Diumumkan Pertengahan Mac Ini

iPhone 9 ataupun juga dikenali sebagai iPhone SE 2 antara peranti yang ditunggu-tunggu disebabkan ini merupakan iPhone termurah dan terkini dari Apple. Berdasarkan khabar angin yang berlegar-legar di ruangan internet, peranti ini akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2020. Jadi, menurut info terbaru dari Evan Blass, ia bakal hadir tidak lama lagi sekitar pertengahan bulan Mac nanti.



Mengenai reka bentuk peranti ini, terdapat 2 varian yang diperkatakan. Yang pertamanya adalah mengikut reka bentuk iPhone 8 dengan butang Touch ID. Manakala yang kedua berbeza terus 360 darjah dengan rekaan Face ID bermakna akan tiada bezel tebal seperti rekaan yang pertama.

Kapsyen: Rekaan iPhone 9 / Se 2 berdasarkan jenis pertama dari igeeksblog


Masih belum diketahui lagi mana satu rekaan akhir peranti ini, kita tunggu sahaja pelancarannya nanti. Dari segi spesifikasi, iPhone 9 / SE 2 akan dijana oleh Apple A13 Bionic, cip berkuasa yang terdapat pada siri iPhone 11. Terdapat juga 3GB RAM dan kamera belakang tunggal.

Yang paling menarik mengenai peranti ini adalah harganya. Dijangka akan dipasarkan pada harga jualan bermula 399USD iaitu sekitar RM1,652. Dengan harga yang sangat rendah dan spesifikasi terkini, walaupun belum lagi diumumkan, penganalisis yakin iPhone 9 / SE 2 ini akan laris terjual di pasaran kelak.

Sumber: Evan Blass