Imej iPhone SE 2 / iPhone 9 Diperlihatkan - Menggunakan Touch ID Dan Kamera Belakang Tunggal

Masih ramai lagi pengguna iPhone yang mahukan peranti kecil dan kompak. Jikalau tidak, takkanlah Apple menggunakan rekaan sepertimana iPhone SE walaupun ia merupakan rekaan guna semula iPhone 5S.

Sebagai penyambung legasi peranti iPhone SE, Apple dikatakan sedang membangunkan iPhone SE 2 yang juga dikenali dengan nama iPhone 9. Seperti yang diketahui, rekaan iPhone 9 ini tidak mengikuti rekaan pada iPhone SE sebelumnya. Sebaliknya ia akan menggunakan rekaan sepertimana iPhone 8.

Kapsyen: Gambar - igeeksblog


Dengan itu, imej peranti ini telah dimuatnaik oleh @onleaks dan telah dikongsikan melalui akaun Twitternya. Sebagai permulaan, peranti akan mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci dan juga masih mengekalkan bezel pada bahagian atas dan bawah peranti.

Kapsyen: Gambar - igeeksblog


Terdapat juga pengimbas cap jari Touch ID yang membuat kemunculan semula setelah kali terakhir dilihat pada iPhone 8. Paparan peranti dikatakan jenis LCD dan peranti nampaknya akan menggunakan kamera tunggal di belakangnya.

Melihat kepada prestasi kamera pada siri iPhone 11, boleh dijangka iPhone 9 akan turut mempunyai kamera yang bagus. Untuk pemprosesan, ia dijangka akan menggunakan cip A13 Bionic.

Mengikut sumber, panel belakang peranti menggunakan kaca jadi secara tidak langsung ia mungkin menyokong pengecasan tanpa wayar seperti model-model iPhone terkini.

iPhone 9 ini akan dilancarkan separuh pertama tahun ini dengan harga jualan 399USD (~RM1,632). Melihatkan kepada rekaan peranti, adakah anda tertarik untuk membelinya?

Sumber: igeeksblog, @onleaks