Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-14T111943.045

Signify Malaysia Menerangi Kampung Orang Asli Di Perak

Diterbitkan Disember 14, 2023 oleh Muhd Idham

Syarikat Signify Malaysia yang dahulunya dikenali dengan nama Philips Lighting baru-baru ini telah membantu menyelesaikan masalah pencahayaan Kampung Orang Asli di Sg. Jentong, Perak dalam satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Untuk pengetahuan anda, syarikat Signify merupakan salah satu organisasi yang bertanggungjawab dalam penyediaan dan penghasilan produk, sistem serta perkhidmatan pencahayaan yang berasaskan Philips untuk kegunaan rumah, pejabat, industri, lampu jalan dan lain-lain.

Selepas peninjauan kawasan yang telah dibuat pada awal bulan September 2023 yang lepas, pihak Signify telah mengambil langkah untuk memasang tiang lampu solar di kawasan-kawasan utama sekitar kampung itu seperti jalan-jalan utama dan ruang aktiviti.

Signify Malaysia Menerangi Kampung Orang Asli Di Perak
Signify Malaysia Menerangi Kampung Orang Asli Di Perak

Untuk bahagian dalaman dan luaran rumah, mereka menggunakan mentol lampu LED sebagai pengganti lampu minyak tanah.

Selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), perbelanjaan sebanyak RM85,400 untuk kemajuan ini merupakan antara langkah dalam membantu komuniti yang memerlukan sekaligus meningkatkan tahap produktiviti dan keselamatan penduduk di kampung itu.

Berkaitan

  • Giliran Melaka Pula Terima Jalan Dengan Teknologi 'Glow In The Dark'
  • Maxis Naik Taraf Bonus Data 5G Sehingga 1TB Untuk Pengguna Pascabayar
  • Muat Turun Game Epik Penuh Aksi Berharga RM199 Ini Secara Percuma Sekarang
  • "FIFA 24" Kini Sedang Diskaun Lebih RM170

Sumber: Siaran Media Signify

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY