Shroud Kemalangan, Terpaksa Berhenti Dari Aktiviti Strim Seketika

Bekas pemain permainan video CS:GO profesional dan penstrim terkemuka, Shroud mengumumkan bahawa beliau terpaksa berehat daripada melakukan penstriman seketika akibat terlibat dalam kemalangan.

Pengumuman itu dibuat melalui laman Twitter rasminya semalam. Menurut beliau, kemalangan tersebut telah mengakibatkan siku kirinya cedera teruk.

Shroud sempat berseloroh dengan mengatakan aiming skills yang dimiliki tidak akan terjejas akibat kecederaan ini namun pergerakannya mungkin akan sedikit perlahan.



Rakan beliau yang juga penstrim, Justin(@just9n) telah berkongsi gambar Shroud selepas kemalangan dan ia menunjukkan luka teruk dibahagian siku yang dihadapi rakannya itu.

Shroud aktif melalukan perstriman di saluran Twitch-nya. Antara permainan yang sering dimainkan ialah PUBG, CS:GO dan terbaru, Apex Legends.

Diharapkan beliau akan dapat menjalani proses rawatan dengan baik dan lancar seterusnya dapat kembali membuat live streaming secepat mungkin.

 

Sumber: Kotaku