Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD SHELL

Shell Dan BYD Buka Terminal Pengecas Pantas EV Terbesar Di Dunia Dengan Kanopi Solar

Diterbitkan September 21, 2023 oleh ariff bukhari

BYD dan Shell telah mewujudkan satu usaha sama dengan mewujudkan salah satu tapak pengecasan EV terbesar di dunia. Terminal pengecas EV itu terletak 2.5 kilometer dari terminal lapangan terbang Shenzhen, China yang menawarkan sebanyak 258 pengecas pantas kereta elektrik.

Terminal itu juga dilengkapi panel solar dengan kapasiti penjanaan tahunan sebanyak 300,000 kWh. Malah stesen itu juga menawarkan perkhidmatan runcit, kopi, makan dan ruang istirehat.

Ini adalah stesen pengecas EV Shell terbesar di dunia dan akan dapat mengecas lebih daripada 3,300 EV setiap hari semasa tempoh percubaan.

BYD SHELL

Pada Mac 2022 lepas, Shell dan BYD telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik untuk membantu mempercepatkan peralihan tenaga dan meningkatkan pengalaman pengecasan untuk pelanggan EV BYD.

Di China, Shell dan BYD membentuk usaha sama pengecasan EV yang kini mengendalikan lebih daripada 10,000 tempat pengecasan di Shenzhen, dengan matlamat untuk mengembangkan rangkaian ke bandar lain.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Lebih Banyak Stesen Pengecas EV Di iPoh Akan Diwujudkan MBI Dan XOX
  • Pelajar Universiti Cipta Rekod Dunia Baharu EV, 0-100 km/j Kurang 1 Saat

Sumber: Shell, CNEV Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY