Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi Setel Kini Boleh Setelkan Masalah Kereta Terkunci, Bateri ‘Kong’ Dan Minyak Habis Ditengah Jalan

Posted on Oktober 21, 2022

Sejak wujudnya aplikasi Setel, pengguna terutama sekali golongan ‘mak-mak’ dah tidak lagi risau untuk meninggalkan anak berseorangan di dalam kereta. Bukan sekadar untuk beli isian petrol, malah boleh beli barangan dari kedai Mesra.

Terbaru, aplikasi Setel kini tidak lagi tertumpu untuk pembelian petrol dimana ia boleh membantu pemandu yang sedang berada dalam situasi kecemasan. Menyasarkan perkhidmatan bantuan pada bila-bila masa dan dimana jua, pengguna kini boleh mendapatkan khidmat seperti tukar bateri, jump-start, tukar tayar, bantuan isi petrol kecemasan, buka kenderaan terkunci serta tunda kenderaan. Kesemua ciri ini boleh diakses pengguna dibawah ciri Auto Assistance didalam aplikasi Setel.

Menurut Setel, sokongan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang disebutkan ini adalah hasil dari kerjasama Bateriku.com sebagai rakan kongsi mereka.

{suggest}

Difahamkan, setiap transaksi bagi perkhidmatan yang dibuat dalam aplikasi Setel, pengguna akan diberikan mata ganjaran Mesra. Ia seterusnya boleh ditebus guna bagi pembelian petrol dan lain-lain.

Sumber: Siaran Akhbar Setel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress