Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setelah Apple, Xiaomi Pula Yang Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Setelah Apple, Xiaomi Pula Yang Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan Disember 30, 2021 oleh Faiz Munir

Sebelum ini, Apple telah menghulurkan bantuan kepada Malaysia dan Filipina bagi membantu fasa pemulihan selepas bencana banjir. Kini, Xiaomi juga turut mengikut jelak langkah Apple untuk memberi sumbangan kepada kedua-dua negara ini.

Oleh itu, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka akan menyumbang kepada Malaysia dan Filipina dengan masing-masing menerima sumbangan bernilai USD 100,000 (~RM418,150). Sumbangan ini akan diberikan terus kepada Yayasan Food Bank Malaysia.

Setelah Apple, Xiaomi Pula Yang Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Xiaomi gembira dapat menolong dengan memberikan sumbangan ini kepada mangsa banjir. Syarikat pembuat telefon pintar itu juga berharap agar bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mangsa yang terjejas.

Kepada anda yang ingin menyumbang juga kepada Yayasan Food Bank Malaysia, anda boleh rujuk maklumat perbankan di bawah:

Bank: Maybank Berhad
Nama Penerima: Yayasan Food Bank Malaysia
No. Akaun: 566010630584

Sumber: Siaran akhbar Xiaomi

Baca juga:

  • Disebabkan Bencana Yang Menimpa Di Malaysia, Apple Akan Beri Sumbangan
  • Xiaomi Dilapor Sedang Bangunkan Telefon Macam Galaxy Z Flip3
  • Xiaomi 12X – Alternatif Xiaomi 12 Yang Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY