Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara memadam “Website History” Pada iPhone

Kesilapan Google Menyebabkan Ribuan Aplikasi iPhone Tidak Berfungsi

Diterbitkan September 30, 2026 · Dikemas kini September 30, 2026 oleh ariff bukhari

Jika anda pemilik iPhone dan berdepan isu aplikasi iPhone tergendala  atau tidak boleh dibuka secara tiba-tiba, anda bukanlah seorang sahaja yang berdepan dengan isu tersebut.

Ini kerana, ribuan pemilik iPhone yang lain di seluruh dunia turut mengalami isu yang sama.

Masalah teknikal ini melibatkan Google Firebase Analytics SDK berpunca daripada payload yang diformat secara salah telah dihantar oleh pelayan Google, menyebabkan aplikasi yang bergantung kepada Firebase mengalami kegagalan (crash) berulang kali.

Ekoran itu, Google telah bertindak pantas dengan melaksanakan pembaikan sepenuhnya.

Pembaikan ini pula tidak memerlukan sebarang kemas kini daripada pihak pembangun atau pengguna kerana ia dilaksanakan terus di bahagian pelayan.

Walaupun begitu, sesetengah aplikasi iPhone masih lagi mengalami gangguan selepas pembaikan akibat isu cache, namun Google menjangkakan semua aplikasi kembali berfungsi normal.

Jadi, adakah anda antara pengguna iPhone yang turut mengalami isu sama?Kongsikannya di ruang komen.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Enggan Buka Android Kepada Pesaing AI Di Eropah
  • Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
©2026 WISER.MY