Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iclean selangor 2

Tinggal Di Selangor, Ada Perabot Nak Buang? Guna Saja Aplikasi Ini

Diterbitkan Januari 25, 2023 · Dikemas kini Februari 20, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

Kami pernah beberapa kali berkongsi tentang fungsi aplikasi iClean Selangor ini di mana ia menawarkan servis kutipan sampah domestik dan pembersihan awam secara percuma.

Antara perkhidmatan sering dikongsi pengguna ialah pengumpulan sampah domestik seperti perabot-perabot lama atau sampah besar dan kering.

Ini sangat bermanfaat terutamanya selepas musim banjir yang mana banyak perabot dan peralatan rumah rosak akibat bah.

Image

Menerusinya, anda hanya kongsikan sampah yang mahu dibuang, ambil gambar dan kongsikan alamat. Kemudian, pihak berkaitan akan datang mengambil sampah-sampah anda tanpa bayaran.

Bukan hanya kutipan sampah, malah anda juga boleh buat aduan untuk pembersihan longkang dan kawasan awam yang lain.

Berkaitan

  • Ada Perabot Nak Dibuang? iClean Selangor Kutip Sampah Besar Percuma
  • Ini Kamera Yang Digunakan Setiap iPhone, Daripada 2G Hingga 14 Pro Max
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • Bermula 1 Februari, Astro Tamatkan Beberapa Saluran Ini Termasuk National Geographic

Muat turun aplikasi iClean Selangor

  • App Store
  • Play Store

Sedikit malang, ia tidak terdapat di App Gallery Huawei. Untuk pengguna kali pertama, anda perlu daftar dulu sebagai pengguna.

iClean Selangor_1
kini berwajah baharu

Function ya apps iClean Selangor ni. Kemas store nak jadikan office barang banyak gila. Apply dekat apps 2 hari settle diorang kutip. Free sahaja. pic.twitter.com/cpS9UH6FMt

— Bangjiq (@HaziqSaparudin) January 19, 2023

Untuk tempah servis kutipan sampah domestik

  1. Dalam aplikasi, tekan ikon tulis di bucu kanan atas.
  2. Pilih PBT.
  3. Untuk aduan, pilih ‘Kutipan Domestik‘.
  4. Dalam huraian masalah, catatkan sampah-sampah yang anda mahu lupuskan.
  5. Tekan ‘Seterusnya’.
  6. Beri kebenaran untuk aplikasi ketahui lokasi anda. Pilih ‘Allow Once’ atau ‘Allow While Using App’.
  7. Tekan ‘Seterusnya’.
  8. Untuk Lampiran, ambil gambar sampah-sampah tadi.
  9. Tekan ‘Seterusnya’ dan tekan ‘Hantar’.

Pihak KDEB Waste Management selaku pihak bertanggungjawab akan menghubungi anda sekitar esoknya. Keseluruhannya, masa diambil sekitar 2 hari untuk segala urusan selesai.

Before & After

Mudah betul clearkan perabot lama. Download je apps iClean Selangor, nanti lorry datang angkut dan bersihkan🙌 Settle satu masalah. pic.twitter.com/xp29EA49K7

— Adha Nazri (@adhanazrx) September 17, 2022

Antara sampah besar termasuklah perabot seperti kabinet dapur, dapur gas, tilam, almari kayu, peti sejuk, sofa, kotak-kotak besar, baju dan seumpamanya.

iClean Selangor_2

Namun, anda terlebih dahulu dinasihatkan mengeluarkan barang-barang dari rumah tersebut supaya mudah pekerja mereka mengangkut naik ke dalam lori kelak.

Image

Menurut komen-komen di Twitter, ada juga sampah yang dipilih dan jika terlalu banyak atau besar, pemilik perlu mengupah orang untuk mengangkatnya.

Sumber: KDEB Waste Management

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY