Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Canon Marketing Malaysia announced the

Sertai Pertandingan Filem Pendek Canon 2023, Semua Jenis Kamera Dan Telefon Pintar Layak

Diterbitkan Ogos 10, 2023 oleh ariff bukhari

Canon Marketing Malaysia (“Canon”) menjemput pembikin filem dan pencipta kandungan di seluruh negara untuk menyertai “Pertandingan Filem Pendek Canon 2023” yang pertama.

Peraduan ini adalah terbuka kepada semua jenis kamera atau telefon pintar, untuk para peserta mempamerkan hasil kreatif mereka.

Bertemakan “Keharmonian dalam Kepelbagaian,” Peraduan Filem Pendek Canon 2023 memberi tumpuan kepada filem pendek menawan yang mempamerkan pengalaman luar biasa yang Malaysia tawarkan seperti budaya, kepelbagaian kaum dan destinasi pelancongan; sambil berfungsi sebagai medium menarik yang menonjolkan bakat penceritaan.

Canon telah bekerjasama dengan Nanlite, SanDisk, Sennheiser dan Zhiyun untuk menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pemenang, termasuk peralatan videografi untuk dimenangi bernilai lebih RM200,000 secara keseluruhan.

Pemenang hadiah utama akan berpeluang membawa pulang hadiah wang berjumlah RM50,000.

Canon Marketing Malaysia announced the

Peraduan Filem Pendek Canon 2023 terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dengan penyertaan diterima dari 1 September 2023 hingga 15 Oktober 2023.

Peraduan ini mengalu-alukan penyertaan video pendek antara tiga hingga sepuluh minit, dirakam pada mana-mana jenama kamera atau telefon pintar.

Terdapat 3 kategori penyertaan iaitu Kamera, Universiti & Kolej (untuk pelajar universiti dan kolej) dan Telefon Pintar.

Filem pendek para peserta akan diadili oleh 3 pakar dalam industri kreatif di Malaysia iaitu Raja Mukhriz Bin R. Ahmad Kamaruddin, Indra Che Muda Redzuan dan Chew Han Tah.

Peserta boleh menghantar filem pendek mereka melalui laman sesawang rasmi Canon di mana Terma dan Syarat untuk penyertaan pertandingan ini boleh didapati.

Berkaitan

  • BenQ Lancar Projektor Pawagam Rumah Berharga Lebih RM14 Ribu
  • Tak Dijangka, Ramai Pratempah Galaxy Z Flip5 Dan Z Fold5
  • Bank Islam Sedar Isu Aplikasi Dihadapi Pengguna, Pembaikan Sedang Dijalankan

Sumber: Siaran media Canon

(Beli pelbagai produk Canon terkini di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY