Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Jurufoto Dilarang Menaiki Pesawat Di Vietnam Selepas Macbook Pro Miliknya Didapati Terkesan Dengan Isu Bateri

Seorang Jurufoto Dilarang Menaiki Pesawat Di Vietnam Selepas Macbook Pro Miliknya Didapati Terkesan Dengan Isu Bateri

Diterbitkan Oktober 2, 2019 · Dikemas kini Oktober 2, 2019 oleh ariff bukhari

Beliau kini tersangkut di Vietnam untuk pulang ke Eropah.

Seorang jurufoto dari Eropah dilaporkan telah dilarang menaiki pesawat selepas didapati komputer riba Apple miliknya terkesan dengan isu bateri.

Ketika menaiki pesawat sebelum ini bagi menuju ke Vietnam, komputer riba milik beliau telah diperiksa sebelum dibenarkan menaiki pesawat tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, ketika beliau ingin menaiki pesawat untuk pulang semula ke Eropah, pihak berkuasa lapangan terbang negara itu telah mengambil tindakan dengan menghalang beliau dari menaiki pesawat kerana isu bateri Macbook Pro miliknya tersenarai dalam larangan mereka.

“At first they said ‘don’t switch it on during the flight’. But then security decided to say a flat ‘no’ to me taking it on the aircraft.”.

Jadi kini beliau telah tersangkut di dalam negara tersebut dan terpaksa menunggu bateri baru tiba bagi menggantikannya.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Apple telah mereka menarik balik sebahagian unit 15 inci MacBook Pro kerana baterinya mudah menjadi terlalu panas sehingga boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Unit-unit yang terjejas dijual antara September 2015 hingga Februari 2017.

Sumber: The Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY