Dalam bulan Mac yang lalu, Sony menampilkan sensor baharu dalam siri IMX8 di mana ia akan membuat kemunculan pada Vivo X80 Pro. Sensor tersebut ialah Sony IMX866 yang akan dilancar pada Isnin, 25 April 2022.
Namun, terdapat ura-ura bahawa Sony masih mempunyai sensor kamera baharu dalam siri IMX9 yang masih menunggu untuk membuat debut. Sensor tersebut mungkin adalah Sony IMX989 dan ia adalah sensor kamera 50 MP menurut DigitalChatStation.
Tambahan lagi, sensor kamera ini bakal menampilkan saiz yang lebih besar dengan berukuran hampir 1 inci. Berdasarkan maklumat tersebut, Sony IMX989 akan membuat kemunculan dalam Xiaomi 12 Ultra tidak lama lagi. Oleh itu, anda boleh jangkakan Xiaomi 12 Ultra akan mempunyai prestasi kamera yang berkuasa dan berkualiti.
Ura-ura Spesifikasi Xiaomi 12 Ultra
Setakat ini, Xiaomi 12 Ultra dikatakan bakal dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.73 inci 2K 120Hz E5 AMOLED Display. Selain itu, peranti ini akan menggunakan teknologi paparan yang menyokong LTPO 2.0.
Tetapan kamera belakang mungkin akan menampilkan sensor Sony 50 MP dengan sokongan OIS, 48MP ultra lebar dengan sokongan OIS dan 48 MP telefoto yang menyokong 120x zoom. Selain itu, Xiaomi 12 Ultra juga dikhabarkan akan bekerjasama dengan Leica untuk kejuruteraan sensor kamera yang ada dalam peranti ini
Peranti ini bakal dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1 Plus daripada Qualcomm. Di samping itu, Xiaomi akan melengkapi peranti ini dengan bateri bersaiz 4,900mAh dengan sokongan pengecasan 120W.
Tambahan lagi, ia akan menyokong pembesar suara stereo dan penarafan tahan air IP68. Xiaomi 12 Ultra akan menyokong Android 12 dari dalam kotak dan ia akan mungkin akan dilancar pada pertengahan kedua 2022.
Sumber: Gizmochina
Gambar utama: xiaomiui
Baca juga: